SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Sunday, January 9, 2011

APA ITU CINTA........?



korang tahu tak apa itu cinta...?? tahu tak apa yg perlu ada pada diri kita sebelum kita memulakan cinta...??? aku sendiri tengah belajar apa itu CINTA sebenarnya. cinta ni merangkumi ruang yg luas..bukan terhadap manusia sesama manusia sahaja..tapi antara insan dan seluruh alam,, bukan alm ini saja tapi alam semesta pun ye juga.haa, kalau tak percaya...knp Syeikh Muzaffar tu pergi ke angkasa? kerana dia cintakannya.. kalau tak wat pe la dia susah payah nak interview..dan "trainning" dengan bersungguh-sungguh sehingga terpilih...? itu semua kerana CINTA.


aku sendiri pernah mengalami saat-saat itu...cheewahh..! =) semuanya manis belaka bagi aku. tetapi pabila pelbagai cubaan yang mendatangi diri aku..mengganggu-gugat ketenangan jiwa dan iman aku...aku jadi tak tentu arah. apa yang aku buat serba tak kena belaka. ntah apa yang aku rasa. aku hari-hari  mengalirkan airmata. mak aku pun risau tengok keadaan aku yang macam tu. pernah sampai tahap naik gila, bila syaitan dah menghasut jiwa....aku "potong" rambut aku sendiri...habis rosak! inilah akibat cinta dunia. cinta yang tak mengenal erti setia....cinta yang hanya manis pada awal dan mulanya.


ALHAMDULILLAH.....
aku ada keluarga yang memahami dan menyokong. tidak pernah berkata tidak. tidak pernah menyalahkan aku semata-mata. betul aku tak tipu. keluarga aku amat "supportive". aku sentiasa dinasihati. aku diperlakukan seperti seorang anak yang matang. aku dididik dengan cara yang sempurna. keputusan semua ditangan aku. tugas mereka hanya menasihati dan memberi contoh yang wajar. BEST kan ada keluarga yang macam ni....??


aku cuba fikirkan balik..... kenapa aku ada keluarga yang macam  ni...? pernah tak aku bersyukur.... pernah tak aku mengucapkan dan melafazkan kalimah-kalimah indah yang memuji SIAPA yang menciptakan ini untuk ku...kenapa DIA berikan semua ini...? kenapa DIA  tak tarik balik apa yang DIA telah beri pada aku...?


Ya....dan kini baru aku menyedari.....semua ini kerana CINTA..! DIA menyintai aku, tetapi aku tak pernah membalas cintanya..DIA menunggu cinta daripada aku..tetapi aku tak pernah cuba untuk menyampaikannya.
DIA memberikan yang terbaik buat aku tetapi aku tidak pernah memberikan yang terbaik untuk  DIA.


Betapa butanya aku...betapa bodohnya aku.....aku menyintai insan yang tak pernah cuba memahami dan sentiasa bersamaku di kala aku susah dan gelisah....dan pergi meninggal aku tanpa sebab....sedangkan DIA tidak... DIA setia menanti dan terus menanti aku....menanti aku mengadu dan meluahkan segalanya dan merintih... mengalirkan airmata supaya dapat DIA memujukku...dan aku kembali tenang di bawah lindungan yang DIA binakan khas untukku... 


Aku baru sedar sekarang, aku merasakan pahit dalam membalas CINTA DIA....tapi, aku merasa manis, manis yang tak pernah aku rasai didalam percintaan seumur hidupku.. 


Dan kini aku belajar untuk menyintai DIA.....
menghela nafas senada iringan nama  DIA ....
aku cuba binakan seutuh-utuh CINTA untuk DIA....
kerana DIA menyintaiku...
kerana DIA menyayangiku....


AKAN AKU TANAMKAN CINTA UNTUK DIA SELAMANYA.....SEPANJANG HAYATKU


WAHAI CINTAKU...........


LINDUNGILAH DAN PELIHARALAH AKU...


AKU INGIN MENEMUIMU.....BERSAMA BAHAGIA YANG KEKAL ABADI.....




...........YA ALLAH.........

KAULAH CINTAKU

cinta ALLAH itu cinta yang kekal dan abadi.....

2 comments:

  1. cinta itu mekar andai Allah jadi matlamat

    ReplyDelete
  2. maka dengan itu, kita lebih selamat di dunia dan akhirat =)
    insyaALLAH....

    ReplyDelete