SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Thursday, January 20, 2011

TANPA AKU SEDARI....

bismillaahirrahmaanirrahiim....

terlebih dahulu aku nak ucapkan syukur alhamdulillah kepada ALLAH SWT sebab dengan rahmat dan kasih sayangnya, aku masih dapat bernafas..melihat matahari dan kehijauan alam yg serba lengkap ini. aku bersyukur. terima kasih Ya ALLAH....atas limpah rahmat dan kurniaan MU ini...

ALhamdulillah, aku mulakan hari ini lebih baik daripada semalam. bangun pagi lepas solat, (walaupun agak lambat..astaghfirullah...teruk betul aku ni kn) aku g trainning futsal dengan kawan2 aku kat belakang kampus ni. dari pukul 0745-0930 pagi. alhamdulillah, pastu aku naik rumah..basuh kain baju, siap mandi dan iron tudung semua.....lepas tu aku g kelas MTC 037, kelas Madam Farah. buat julung kalinya aku tak ngantuk langsung..! yeehhaaa..... ! 
baguskan aku hari ni....??haha

semalam, aku just jogging sorang2 je keliling taman depan ni...sebelum azan aku balik la..sebab aku da set masa jog setengah jam je....dari kul 6.50 sampai kul 7.20 ptg..tapi masa ni masih cerah lagi...gila ek aku ni jog maghrib2..? haha... =D
haa..lagi satu, frame yg tak muat semalam tu..aku dah mintak tolong kawan aku yg g tukarkan..alhamdulillah, terima kasih Sai n the geng.

hari ni, ada satu perkara yg amat membahagiakan aku. sangat2 membahagiakan..walaupun ada perkara yg amat menyedihkan hati...alahai, aku cuma tak sedap badan je. seram sejuk. sakit perut..muntah2... ermmm =( tadi ada kelas BEL 313 kat kampus pdg lalang, so kne naik bas la lepas solat zuhur. sb kelas mula kul 2. tapi aku terlambat sikit. pasal apa yg aku tulis kat atas ni. sakit hidung aku sb muntah td...seyes muka aku pucat kejap..tangan sejuk..dan aku mmg sentiasa rasa sejuk..grrrrr....  Aku dah sedar sgt2 aku mmg dah lambat, tapi aku pk2 balik, takkn sebab nak kejar bas aku nk solat dengan tergopoh-gapah, kelam-kabut..tak patut kn?  biarlah bas nak jalan, jalanlah dulu aku tak kisah. kali ni aku naik teksi je g sana, walaupun mahal...tapi dalam hati aku berdoa,. "YA ALLAH, sesungguhnya kau yg MAHA MENGETAHUI lagi MAHA MEMAHAMI, mudah2an bas tak jalan lagi sebelum aku selesai menunaikan kewajipan aku kepadaMU.." Dan aku pun solat macam biasa......

lepas solat, aku pun pakai tudung..sarung kaki...sarung lengan....pakai jam, dan pakai spec. g masukkn buku dalam beg dan ambil la hp kat atas katil waji....aku g la pakai kasut ....tiba2......ztttt...ztttt...! (hp aku vibrate, sb aku silent hp tu) 

eh......Su Lala..? mesti dia ingat aku lupa g kelas ni...
" assalamualaikum....ha...?"
"salam..N ko g kelas tak?" 
"pergi2...asal? bas dah jalan ke?"
"eh, tak la...., bas tunggu ko ni...cepat2..!"
"oh, ok2 aku nak tgh turun tangga ni....ok daa.."

Ya ALLAH.....bas ada lagi....! terima kasih Ya ALLAH....terima kasih sangat2...aku pon g la berlari mendapatkan bas tu...nasib baik Pak Dollah tak marah. tapi, pas turun bas tu, aku plak tercicir student card UiTM tu dalam bas. aku perasan masa nak g makan dengan Aiza dan Su Lala. kne pakai, lau tak pak guard saman..! huhuhu...alamak mcm mana nak keluar ni....?at last, Adlah bagi pinjam kad dia. selamat aku. kelas habis cepat pulak tu ...! hoooyeeahh..! Madam Aini bg balik awal. aku dgn budak2 kelas aku yg lain dgn sukarela dan rela hatinya, balik jalan kaki panas2..sampai sandal Su Lala putus..! sabar-sabar~~~ hahaha =P tapi perjalanan harus diteruskan.kihkihkih... bukan pe, sb kitaorg tak nak tggu bas lama2..MEMBAZIR masa..! byk lagi benda berfaedah kitaorg leh wat drpd menunggu. sampai depan MegaMall, terserempak dgn bas UiTM, Pak Dollah yg bawa. hahahahaha... =D  apa lagi tahan la....! hehehe... sampai kampus, Shira (awek Desktop@aliff) dia jumpa kad aku....wah...beruntungnya aku hari ni...! Thanks, kawan2. nasib baik ALLAH SWT hadiahkan sahabat2 macam korang ni pada aku.... =) . syukur sangat2. ni bukan sekolah tau, tapi universiti..!


aku bahagia sangat hari ni...


Surah al-baqarah, ayat 202 :
"  Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitunganNya"

konklusinya, kita perlu buat sesuatu tu mesti dgn keikhlasan..dan berteraskan kerana ALLAH SWT...insyaallah, DIA akan membantu.
antara cepat atau lambat, itu urusan DIA...kita kena ingat sesungguhnya, DIA sepantas-pantas  PENGHITUNG..


Hanya DIA yg mengetahui sama ada hambaNYA itu ikhlas ataupun tidak, dan siapalah kita untuk menilai keikhlasan seseorang....?

Marilah kita bersama menperbaiki diri, dan cuba menjadikan diri ini seorang insan yang Mukhlis... semoga diberkati olehNYA.....amiin...insyaALLAH.... =)


khas buatmu wahai sahabat-sahabatku....



No comments:

Post a Comment