SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Monday, May 30, 2011

CUTI, KERJA & PENGALAMAN


bismillahirrahmaanirrahiim....
terlebih dahulu aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ILLAHI kerana memberi aku kesempatan untuk mencoretkan kata-kata di sini. alhamdulillah...dengan post terbaru ini maka hampir tamat lah cuti semester aku yang ke dua. tugas selanjutnya adalah kembali ke kampus dan meneruskan kehidupan sebagai mahasiswi di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. chewah....! betul la apa salahnya kalau aku puji universiti sendiri kan?
alhamdulillah segala perancangan aku sebelum cuti sem hari tu berjalan dengan lancar. aku sempat merasa gaji selama dua bula berturut2, dan tempoh pekerjaan yang dirancangkan mencapai target dalam 2 bulan. alhamdulillah. 
bekerja di salah sebuah cawangan syarikat Giant, yakni Guardian Pharmacy, Health and Beauty Centre, banyak memberi aku pengalaman yg mengujakan...dapat mengenali karenah manusia ni dalam hal2 perbelanjaan, penjagaan kesihatan, kecantikan, dan paling tak tahan sekali adalah perangai mereka ketika berbelanja. susah juga kerja di bahagian perkhidmatan pelanggan ni. alhamdulillah aku dapat melakukan dengan baik walau terkadang aku jua melakukan kesilapan.
kerja masuk pukul 9 pagi pulang pada pukul 6.30 malam, untuk shif pagi, manakala pukul 1.30 petang dan pulang pada pukul 10.30 malam.
tugas yg diberikan kepada aku adalah cashier. tapi cashier bukan sekadar cashier, jd cashier kat sini semua kene tahu, bukan stakat free gift je kena ingat, modal, stock in , stock out..stock take lagi...promotion lagi dan yang paling utama adalah fungsi2 produk yang ada dalam kedai. kalau alat kecantikan tu pejam mata pun kita dah tahu. tapi kalau melibatkan ubat2an dan barangan penjagaan kesihatan...haa, yang ni kena hati2 silap penerangan, orang salah guna silap hari bulan kita kena SAMAN..! jadi, aku terpaksa dengan rela hati belajar semula dan kaji balik apa2 fungsi ubat2an dan vitamin2 yg ada. maknanya aku pun menjadi seperti pharmacist2 yg ada kat kedai ubat la., dah aku kembali pada ilmu asal yg aku blaja masa kat sekolah dulu, yakni ilmu sains walaupun sekarang aku tak mengarah ke aliran tu. kalau aku tahu aku akn kerja mcm ni, dalam hati aku dah mula berkata..,

" kalau aku terima tawaran diploma farmasi dan kesihatan dulu kan bagus....tak payah aku study balik benda2 ni, gaji pun mesti lagi lumayan dr posisi aku sekarang.."
" kan bagus kalau aku terima tawaran matrikulasi dulu, jadi kerja ni mmg sesuai la dgn aku, aliran sains dan memberi banyak pengalaman dalam bidang sains yg bakal aku teruskan..."

bila difikirkan semula, itu semua mainan jiwa yg tak konsisten...sekarang aku kena tetap pendirian dan teruskan apa yang dah ada depan mata. tak kisahlah dalam bidang apa jua sekalipun, sebab, dimana ada kemahuan di situ ada jalan....tapi apa yang penting pada aku, pengalaman byk mengajarkan aku erti kehidupan manusia dalam dunia ni. dalam byk2 kerja yang aku dah kerja, kerja ni la yang paling menghiburkan walaupun kepenatan yang byk dirasai. tapi biasa la...setiap kerja yang kita buat ada positif dan negatifnya. yang negatif tu biar la aku sendiri yang tahu. yang paling penting kita kena bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan kita dengan sumber rezeki yang halal wassalam..

 ALHAMDULILLAH