SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Sesat Dalam Rindu


Ku resah mencariMU dengan akal
Dengan bersama sifat-sifat pinjaman
KAU ku rasakan semakin menjauh
Tersesatlah aku dalam rindu MU


Ku satukan firasat mencari MU
Dan ku terlontar di penghujung alam
KAU masih tidak dapat ku jejaki
Betapa malangnya nasib ku



Kerana MU ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat yang tidak ke mana
Hanya jalan yang sengsara



Zahir musnah bagi yang mimpi
Zahir ada rahsia mencari
Lalu ku selami di dalam diri
Dibawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta



ENGKAU kasih ada di sini
ENGKAU kasih ada menanti

Kau kasih aku jua kasih