SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Thursday, January 27, 2011

KUATKANLAH DIRIKU.....WAHAI DIRI TEGUHKANLAH IMANMU....

bismillahirrahmaanirrahiim........



Ya ALLAH, 

Sesungguhnya aku tahu akan dugaan ini adalah untuk mengajarku apa itu erti kehidupan,
Dugaan ini adalah untuk aku merasai betapa manisnya sebuah pengorbanan,
Sungguh, 
kadang kala aku tewas, kadang kala aku berasa tidak mampu,
Aku terlalu ampuh menempuhi segala dugaan dan rintangan yang mendatang,
Walaupun sungguh aku menyedari,
Cabaran yang Kau datangkan adalah mengikut kemampuanku,
Namun,
Debaran dan ketakutan menyelubungi diri,
Aku kalah merempuh tembok yang tidak sekukuh mana,
Aku jatuh dan kalah menempuh waktu,
Sebelum aku mencapai sesuatu,
Kepercayaan, dan keyakinanku yang terlalu rapuh,
Sungguh,
Aku tidak thabat, dan aku tidak sabar

Ya ALLAH

Betapa diriku terlalu lemah menghadapi dugaan yang tak seberat mana,
Cabaran hidupku tidaklah seperti cabaran dan dugaan yang Kau datangkan kepada para nabi dan rasul Mu,
Dugaan yang muncul di dalam hidupku bukanlah seberat musibah yang Kau berikan kepada saudaraku di Acheh, Gaza,dan Palestin.
Sungguh, betapa kejinya diriku ini,
Kerna tidak mensyukuri nikmat yang Kau berikan kepadaku.

Ya ALLAH,

Aku pasrah segalanya kepada Mu,
Aku panjatkan segala harapan hanyalah kepada Mu,
Titisan airmata ini adalah titisan kesedaran dan keinsafan daripada seorang insan yang mengharap belas kasihan daripada Mu....
Kuatkan dan tabahkanlah diriku,
Untukku tempuhi ranjau kehidupan berliku yang penuh onak dan duri ini....

amiin....Ya Rabbal 'alamiin..



Saturday, January 22, 2011

BERSERAH DAN REDHA SAJA SETELAH KITA BERUSAHA DENGAN BAIK =)

bismillahirrahmaanirrahiim....

Alhamdulillah...hari ni kitaorg enjoy main futsal. walaupun kecundang pada permainan suku akhir, alhamdulillah....kami bermain dengan baik. aku harap kawan2 kau pun enjoy sama. adat la, ada kalah, ada menang dalam setiap permainan. 
ni la salah satu contoh bola futsal..lau tak tau beza dgn volley ball aku tak tau la kn.. =P
dah lama tak bersukan kan? sekali sekala rasa syok gak main.. hahahha... tadi, group aku hantar 2 team . lelaki n perempuan. group lelaki sampai peringkat kumpulan je. alhamdulillah la, walau kalah tapi at least ada gak score kecuali dgn group staff UiTM Kuantan. hebat tu...group perempuan sampai suku akhir. 2 kali menang 1 seri. tanpa gol bolos..! dak perempuan johan kumpulan seyh. hebatnye..!! =D wah..tapi masa quater tu la, goalkeeper tu ade masalah kesihatan tetiba, dah la rabun...huhuhu, kesian dia tak nmpak bola. tp dia rasa bersalah la sb tak dpt selamatkan gol kumpulan sendiri daripada di bolosi pihak lawan erm.. tapi tak pe. korang terbaik la..! Che'ah tgn sampai kne pijak org, kaki Qeela kne sepak, Lia kene terajang sampai terbaring...ish..ish...ish. Zul sampai bengkak2 tangan. biasa la tu. kalau tak rasa sume benda ni mana ada feel ....., ye tak? hahaha...aku dah puas merasa semua ni dulu..hehehe =P . tadi masa main, tetibe je kne pakai bip, sb bju dgn pihak lawan sama. warna merah....ha ni la bipnye...warna je la sama, tapi aku tak perasan pulak brand apa.. 




ni la gelanggang futsal, bg yg xtau atau tak penah main, cuba2 la ye.


cakap pasal main futsal ni, aku teringat zaman veteran2 kat sekolah dulu main handball. syok habis..! padangnya lebih kurang je macam gelanggang futsal ni. tapi, ade la sikit bezanya... yang best bukan pe, main bola guna tangan..so lg senang la kan? tapi lau dah terkena rejaman bola tu..ha kau rasa la sendiri  ye...lagi2 keeper mcm aku. huh....segala2 merasa. sampai aku main tengah2 padang pun boleh. =D
ni part yg paling best..tapi tak sume org leh wat..! haha


haa....kalau bab2 cam ni, aku hanya akan buat bila dapat penalty,tapi bukan aku je. gilir2 la dgn member2 yg lain. aku tak tamak k. ALLAH tak suka org yg tamak ni. sb ia boleh membawa kepada riak. tapi cikgu ni pandang aku lebih berbakat untuk jadi GOALKEEPER. nak tak nak ikut la ye. tapi kadang2 aku main bahagian pertahanan juga, advantage  untuk menyusahkan pihak lawan untuk shoot, sb aku ni tinggi...so, bagi sapa2 nak merasa senak perut atau sakit tulang rusuk tu...haa..meh la dekat.. =) hehehe.... series, aku mmg membahayakan pihak lawan. siapa yg nak wat counter-attack tu...haa mmg kne bersedia la...kahkahkah =D nampak aku terus je tak jadi....so, wall bg kumpulan aku sempat la kukuhkan pertahanan.

ni la gelanggang bola baling/ handball


 kalau futsal...pemain leh masuk dalam  kawasan D...tapi, dalam handball ni....tak boleh dan dilarang sama sekali...jika jaringan dibuat di dalam kawasan D  (berlorek warna biru dalam gmbr) bermakna gol tu tak akn dikira .  best sangat2 . jika aku diberi pilihan, aku kan pilih handball sbg sukan utama. terjebak dengan benda2 ni semua masa aku darjah 4. bermula dengan netball, hockey,handball dan  lain2 sampai la aku tingkatan 5. terjebak dengan benda yg berfaedah takpe, jgn terjebak dgn aktvti yg merosakkn diri. =)


dua2 bola ni adalah yg biasa digunakan oleh MSSD,MSSJ,MSSM  
lagi satu benda yg best tentang bola ni bukan pe, advantage bagi sape yg tangan beso2 macam aku ni, boleh pegang bola tu dengan satu tangan je tau..so, senang la nak shoot. bola baling la antara permainan yg tak byk peraturan . korang lenjanlah apa
 pun. ...alahai, bump je...tapi ada limit la....bawak bola leh jalan atau langkah sebanyak tiga tapak tau. really best.    
haa...pegang cam ni la...
     
apa2 pun yg terjadi dalam setiap permainan, kita tak boleh salahkan sesiapa. masing2 ada silap. aku tak rasa rugi dulu sb aku byk skip kelas. daripada sukan ni, aku byk belajar apa itu erti semangat kepasukanan dan apa erti kerjasama, dan paling penting erti persahabatan. aku bersyukur sb ALLAH SWT bg aku kebolehan dalam bidang2 macam ni, dan bukan setakat pandai ngadap buku jer. aku tak skema ea...tgok je muka mcm dak2 yg kaki baca buku, pakai spec. hahaha...padahal tak pn. aku biasa je. seimbang...akademik dan ko-kurikulum. family aku pn risau gak aku ni terlampau aktif, tp diorg percaya aku mampu lakukan yg terbaik. aku terangkan pd mereka dgn jelas dan alhamdulillah , mereka faham dan sentiasa memberikan sokongan padu pada aku. lagi2 time aku ada game. dan sekarang aku sudah menjejakkn kaki ke universiti. satu semenanjung ni aku dah round. JIMAT duit family aku, sb tak perlu bawa aku ke sana ke mari. kakak aku ada cakap dulu, " kitaorg tak mampu nak bwk adik jalan2 mcm family2 lain wat kat anak2 diaorg."  aku tak kisah pn pasal reward ke apa..tapi ada gak la dalam hati nak raikan setiap kejayaan aku dgn family. g jalan2, erm...arrggh..! aku tak kisah pun. aku padamkan segala angan2 aku sb aku tahu, ALLAH lebih tahu apa yg aku perlukan dan apa yg terbaik buat aku.aku redha, cukup sekadar aku dapat tengok diorg tersenyum gembira dgn setiap kejayaan aku. lebih2 lagi mak aku. dan aku pn tahu yg ayah aku tahu apa yg aku dah capai sekarang. aku nak tunaikan harapan dia. ayah aku mmg supporting sgt2. dari aku kecik sampai besar. ayah tak pernah halang segala aktiviti  lasak2 yg aku nak buat. kalau cakap dgn mak, mesti tak kasi punye lah....so, untuk mendapatkan sokongan yg padu...aku g kat ayah..dan bila ayah aku sudah berbicara.... jeng..jeng..jeng...ayah ckp cmni " .biar la dia nak buat apa pun, nak jatuh ke, terlentang ke, dia yg rasa...kalau tak nanti sampai ke besar tak tahu buat apa2..." dan mak pun akur je la.....aku pun mulalah...." Hoooreeeeyyyyyy...!" =') hehehe....sayang....ayah....! sayang mak juga.... =)

Dan aku sekarang, adalah hasil daripada apa yg telah mereka corakkan di atas kain putih itu dahulu .... Alhamdulillah...... =)
tapi, jika ada kebukuran yg terzahir..itu adalah kerana aku sendiri yg telah menambah warna yg tak sekata pada lukisan mereka itu...

akhir kalam, aku nak sampaikan sesuatu kat sini....kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yg kita inginkan dengan cara yg betul dan mesti berlandaskan ajaran ISLAM...ingat, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. agama ISLAM itu sendiri adalah AD-DIN. jadi, langkah seterusnya....kita hanya perlu bertawakkal pada ALLAH SWT....kerana DIA yg berhak menentukan segalanya dan kita redha dengan apa yg telah diputuskan (takdir) olehNYA.... sesungguhnya, ia adalah RUKUN IMAN yg ke 6...percaya kepada Qada' dan Qadar....

wallahualam....













Friday, January 21, 2011

SEMANGAT YANG BERKOBAR-KOBAR NI...!


bismillahirrahmaanirrahiim..



Alhamdulillah..... baru habis test MTC 037 ptg tadi..syukur sgt2 aku diberikan kesihatan yg sempurna untuk match esok. FUTSAL. dah tiga hari berturut-turut aku jog petang2...alhamdulillah, semuanya ok dan berjalan dengan lancar..termasuk kelancaran peredaran darah aku...tak kejang tak sakit. hehe =)




ni pandangan pelan kasut ni....ceh..! da mcm arkitek plak =P 
beso tak kaki aku...? hehe


hari tu aku ada cerita pasal kasut baru kan? ha ni la kasutnya yg membuatkan aku syok sendiri seketika...hahahaha...jadi, esok buat kali prtama kasut ni akan menjejakkan tapaknya ke gelanggang FUTSAL. ermmm....best2. sebab semester lepas pn aku main gak, tapi sampai peringkat suku akhir je...huhuhu..apalah nasib. tak pe, kali ni kitaorg akan lebih berusaha..! chayok2..! =D




ni kasut sebelah kanan....pandangan sebelah dalam..
pas asar tadi, geng2 FUTSAL aku g jog tiga pusingan padang kat taman depan kampus ni. agak semput gak la tengok. hahahaha...ye la lame kan dah tak exercise ni sume. pas tu kita org men pasing2 bola match antara kitaorg la. coachnye si Dzul. hahaha... bleh tahan aku tgok member2 aku ni main tadi...hehe lg2 Kak Yan, energetic sungguh...! Lia leh tahan hebat. Tendangan padu daripada kasut baru Qeela mantap sungguh! tak kurang pulak dengan si Che'ah...rebut bola no.1, mmg hebat! pastu hilang arah tuju...hihhi... tu la dia...dia yg cakap ea,,aku tak... ;-) seyes, korang hebat daripada pandangan aku...sungguh. lau kita main dgn bersungguh2 esok, mesti ada chance nak g separuh akhir....k..?? aku tahu korang boleh. aku percaya..! =)  

ni pandangan sudut dari sisi kasut.... =)
TEAM FUTSAL LAW B MANTAP..!


haa...esok. kitaorg maybe akan bertolak seawal 7.30 pagi. tapi aku ni tak tidur2 lg...nak wat camne, dah jadi penyakit la... :-(

hmm....sebelum tu, aku nak cakap sesuatu, aku tak mengharapkan sangat kemenangan ni berpihak pada group aku, yg aku kisah hanya tentang faedah atau manfaat yg berada di sebalik permainan ni... kalau ada rezeki menang alhamdulillah. bersyukur sangat2.

jadi, aku harap member2 aku esok main dengan enjoy, bukan dengan pressure.. rilexs je sudah, cool...kalah terima, menang bersyukur. yg penting gunakan skill yg dah diajar dan buat sehabis baik. dan aku juga kan memberikan yang terbaik.! jika dengan izin ALLAH SWT dgn lafaznya " kun fa yaa kun" maka kita akan score lebih la ye. dan aku harap permainan kita diberkati oleh NYA. sebab ni semua jadi dengan izin dan rahmat DIA. mudah2an, lg satu yg aku harap, dak2 ni lelaki atau perempuan, terutama yg perempuan tu la, bersukan, bersukan juga...TAPI AURAT KENA JAGA.. =)

 khas buat semua sahabatku yg menyertai pertandingan: Semoga dapat melakukan yang terbaik esok...! 
TERIMA KASIH YA ALLAH,
 kerana KAU memberikan kesihatan kepadaku dan kepada rakan-rakanku.

ALHAMDULILLAH... =)









Thursday, January 20, 2011

TANPA AKU SEDARI....

bismillaahirrahmaanirrahiim....

terlebih dahulu aku nak ucapkan syukur alhamdulillah kepada ALLAH SWT sebab dengan rahmat dan kasih sayangnya, aku masih dapat bernafas..melihat matahari dan kehijauan alam yg serba lengkap ini. aku bersyukur. terima kasih Ya ALLAH....atas limpah rahmat dan kurniaan MU ini...

ALhamdulillah, aku mulakan hari ini lebih baik daripada semalam. bangun pagi lepas solat, (walaupun agak lambat..astaghfirullah...teruk betul aku ni kn) aku g trainning futsal dengan kawan2 aku kat belakang kampus ni. dari pukul 0745-0930 pagi. alhamdulillah, pastu aku naik rumah..basuh kain baju, siap mandi dan iron tudung semua.....lepas tu aku g kelas MTC 037, kelas Madam Farah. buat julung kalinya aku tak ngantuk langsung..! yeehhaaa..... ! 
baguskan aku hari ni....??haha

semalam, aku just jogging sorang2 je keliling taman depan ni...sebelum azan aku balik la..sebab aku da set masa jog setengah jam je....dari kul 6.50 sampai kul 7.20 ptg..tapi masa ni masih cerah lagi...gila ek aku ni jog maghrib2..? haha... =D
haa..lagi satu, frame yg tak muat semalam tu..aku dah mintak tolong kawan aku yg g tukarkan..alhamdulillah, terima kasih Sai n the geng.

hari ni, ada satu perkara yg amat membahagiakan aku. sangat2 membahagiakan..walaupun ada perkara yg amat menyedihkan hati...alahai, aku cuma tak sedap badan je. seram sejuk. sakit perut..muntah2... ermmm =( tadi ada kelas BEL 313 kat kampus pdg lalang, so kne naik bas la lepas solat zuhur. sb kelas mula kul 2. tapi aku terlambat sikit. pasal apa yg aku tulis kat atas ni. sakit hidung aku sb muntah td...seyes muka aku pucat kejap..tangan sejuk..dan aku mmg sentiasa rasa sejuk..grrrrr....  Aku dah sedar sgt2 aku mmg dah lambat, tapi aku pk2 balik, takkn sebab nak kejar bas aku nk solat dengan tergopoh-gapah, kelam-kabut..tak patut kn?  biarlah bas nak jalan, jalanlah dulu aku tak kisah. kali ni aku naik teksi je g sana, walaupun mahal...tapi dalam hati aku berdoa,. "YA ALLAH, sesungguhnya kau yg MAHA MENGETAHUI lagi MAHA MEMAHAMI, mudah2an bas tak jalan lagi sebelum aku selesai menunaikan kewajipan aku kepadaMU.." Dan aku pun solat macam biasa......

lepas solat, aku pun pakai tudung..sarung kaki...sarung lengan....pakai jam, dan pakai spec. g masukkn buku dalam beg dan ambil la hp kat atas katil waji....aku g la pakai kasut ....tiba2......ztttt...ztttt...! (hp aku vibrate, sb aku silent hp tu) 

eh......Su Lala..? mesti dia ingat aku lupa g kelas ni...
" assalamualaikum....ha...?"
"salam..N ko g kelas tak?" 
"pergi2...asal? bas dah jalan ke?"
"eh, tak la...., bas tunggu ko ni...cepat2..!"
"oh, ok2 aku nak tgh turun tangga ni....ok daa.."

Ya ALLAH.....bas ada lagi....! terima kasih Ya ALLAH....terima kasih sangat2...aku pon g la berlari mendapatkan bas tu...nasib baik Pak Dollah tak marah. tapi, pas turun bas tu, aku plak tercicir student card UiTM tu dalam bas. aku perasan masa nak g makan dengan Aiza dan Su Lala. kne pakai, lau tak pak guard saman..! huhuhu...alamak mcm mana nak keluar ni....?at last, Adlah bagi pinjam kad dia. selamat aku. kelas habis cepat pulak tu ...! hoooyeeahh..! Madam Aini bg balik awal. aku dgn budak2 kelas aku yg lain dgn sukarela dan rela hatinya, balik jalan kaki panas2..sampai sandal Su Lala putus..! sabar-sabar~~~ hahaha =P tapi perjalanan harus diteruskan.kihkihkih... bukan pe, sb kitaorg tak nak tggu bas lama2..MEMBAZIR masa..! byk lagi benda berfaedah kitaorg leh wat drpd menunggu. sampai depan MegaMall, terserempak dgn bas UiTM, Pak Dollah yg bawa. hahahahaha... =D  apa lagi tahan la....! hehehe... sampai kampus, Shira (awek Desktop@aliff) dia jumpa kad aku....wah...beruntungnya aku hari ni...! Thanks, kawan2. nasib baik ALLAH SWT hadiahkan sahabat2 macam korang ni pada aku.... =) . syukur sangat2. ni bukan sekolah tau, tapi universiti..!


aku bahagia sangat hari ni...


Surah al-baqarah, ayat 202 :
"  Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitunganNya"

konklusinya, kita perlu buat sesuatu tu mesti dgn keikhlasan..dan berteraskan kerana ALLAH SWT...insyaallah, DIA akan membantu.
antara cepat atau lambat, itu urusan DIA...kita kena ingat sesungguhnya, DIA sepantas-pantas  PENGHITUNG..


Hanya DIA yg mengetahui sama ada hambaNYA itu ikhlas ataupun tidak, dan siapalah kita untuk menilai keikhlasan seseorang....?

Marilah kita bersama menperbaiki diri, dan cuba menjadikan diri ini seorang insan yang Mukhlis... semoga diberkati olehNYA.....amiin...insyaALLAH.... =)


khas buatmu wahai sahabat-sahabatku....



Tuesday, January 18, 2011

HEHEHE...hari makan2, tapi mmg sengal..!

bismillaahirrahmaannirrahiim


hah, seyes hari ni 'lunch' aku kenyang sgt2, sampai nak termuntah,. tadi aku g makan kat MamaPApa Grilled. aku g dgn Cun @ farah. untuk tunaikan janji. ingat nak g MEgamall, tapi pk2 balik jauh la pulak, so, baik g ECM je n makan kat citu. nak makan KFC dah jemu.





Best jugak bebual dgn Cun tadi, ooo...baru aku tahu upenye dia ni sealiran dan bersefahaman dgn fahaman aku...hehehe...politik gaban td punya isu..! hebat2...leh jadi aktivis ni, diplomat pn ok gak.. hahahaha.... pastu teman dia beli syampu rambut. herbal essence. huhuhu, wangi2. 



haa, ni aku ada satu cerita. tadi aku tgok bath shower cream kat carrefour tu. ada la angan2 nak beli, tapi pk2 balik..ermm, tak pe laa...tak jadi.huhuhu...alkisah, ada la sorang auntie promoter ni offer kat aku bath shower Follow me tu...ingat aku nak amik May je tadi, sb baunya wangi oo...relaxing....tp bila tgok auntie tu bukan main pujuk, aku pon g amik laa..benda alah yg dia promote kat aku tadi....pk2 balik aku tak nk beli laa...tapi masalahnya aku dah pegang dah
benda tu...! mcm mana ni...dah la dia ada kat belakang aku sentiasa...uuu....sibuk btul la...aku sruh Cun g tempat jauh2 ckit, nak elak dari auntie tu. tapi dia asyik ikut jer...
eiii...geram btul aku la... 


 nak letak depan2 dia kesian. sb dia dah ucap terima kasih kat aku tadi...hahahaha.
akhirnya...aku berjaya melarikan diri dari auntie promoter tu...=D 
aku pn letak la balik bath shower tu dan aku amik yg murah ckit. May..tapi kecik la...tapi.....bila turun kat bawah aku pk2 ...aisshhh,,,,! baik tak payah beli. MEMBAZIR..! sb kat umah tu ada lagi Dettol yg tak habis, so tggu habis baru beli baru, sementara belum beli tu, share2 la dgn member2 kn2....? bijak...bijak... hahahahahaha.

Pastu, aku g kedai Hinode plak, jual cenderamata...murah je semua barang kat citu...RM 5 semuanya...hahahaha...ni la tempat kegemaran aku. aku nak beli frame td...untuk letak gambar Bakal-bakal PEGUAM NEGARA daripada  kelas aku..tapi aku lupa la saiznya....alahai, 8.5'x 11 ke 8' x 10...huhuhuhuhu...call Ain mandarin...dia pn kat ECM jugak..adoyai, call class rep. si Frah tu...tak jawab..eii.....geramm...so aku tak jadi la amik yg beso tu aku amik yg 8x 10 tu....bayar n jadi member skali...ok jer.

pas solat zuhur. temankan Cun beli baju..dan kitaorg balik...skali sampai umah...aku cuba la letak gambar kat frame tu...AAAlllaaaaammmaaakkkk....! TAK MUAT seyh...adoyai..


serius..aku bengang..! HAMPEH..

ni malas nak men tukar2 ni....eiiii...mmg sah la aku ni sengal...hurmm...nak tak nk aku kne tukar jugak esok...
adoyai...kne jalan lagi..... 

YA ALLAH.... tabahkanlah aku......




WOOWOWOWOW...ATTENdENt aku dah berLOBANG kali ni.....!

bismillaahirrahmaanirrahiimmm.......

Warrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhh.....!
giler sengal bodoh sgt2......aku hari ni apasal???? eiii....seyes aku luper2 sangat2 ada kelas library skill dgn miss azian............. ='(


aku lalai, aku leka.....yer la kan, baru ada kasut baru......hahahaha....
so, konklusinya......TOLONG INGATKAN AKU (ana rafali) Sir Syahril tak suka ni...mau dia halau aku kuar klas Psycho nnt... hahahahhahahahaha =D



Pergghhh...! hampeh giler..! tolong-tolong-tolong....!  


kalau aku tido cam MEow ni...tu lain citer la...


Mmmmm.....empuknya tilam ni....so..fluffy...ZZzzz... ^_^


alahai ni aku tak tido kot...segar bugar....terang benderang mata ni....siap leh main amik2 gambar dgn aisyah lagi...huahuahuahua...sampai zul n pyika call pon aku tak perasan. huuh. tu la lain kali N, ko letak lagi hp kat dalam beg. pasni gantung kat leher ea...... =D 


YA ALLAH.....aku sungguh leka.


astaghfirullah.....Aku yang LALAI....

bismillaahirrahmaanirrahiim....

terlebih dahulu aku nak panjatkan rasa syukur aku ke hadrat ILLAHI, sebab dgn berkat dan rahmat daripada NYA...aku dapat beli 'sport shoes' baru. aku beli sebab aku nak wat jogging petang2...ish seyes..!tahap daya tahan kardiovaskular aku dah menurun. tak secergas dulu..badan pun makin naik jer aku tengok ni...eii...ntah pape.... sambil2 tu nak wat main futsal nanti... :-D


Alhamdulillah...mmg dalam bajet aku harga kasut tu. aku bajet RM 100 je. tapi kali ni aku dapat beli dgn lebih murah . RM 50 je. harganya ialah RM 49.90. hehehe...ada baki sepuluh sen dalam tangan aku. kasut ni warna ' black and gold' AXEL je....nak beli adidas tak mampu...huhuhu...'over limit' perbelanjaan aku da tu beb..kalau kau beli, bermakna , aku kan berpuasa selama sebulan...hihihihi =)


aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada ZUL sebab teman aku g bli kasut tu tadi. tak lupa plak aku pada LIA....yang sanggup teman aku jugak tadi...sb kalau dua org je nanti ada setan kn? jadi, nasib baik kau ikut LIA..sayang korang laa....! =) Terima kasih juga kat ALIFF sebab faham citarasa aku ni , seorang yang tak suka benda-benda mahal..! hahaha... terima kasih pada kawan-kawan kelas aku yg lain sebab membuatkan aku gembira hari ni...lepas la tension tu sikit. lupakan masalah kejap... ALHAMDULILLAH.


eiii...tapi ni lagi satu hal, aku mmg leka gila hari ni sebab ni kali pertama aku jejak kaki kat karaoke east coat mall kuantan ni. huhuhu...tu tak kisah la. bukan aku masuk disco pn kan? tapi yg buatkan aku sedih bukan pe....huhuhuhu, aku lalai. sb aku melewat2kan waktu zuhur hari ni. pukul 3 baru aku solat. Cheah, terima kasih ingatkan aku td masa dalam 'cab'. padahal tadi kelas Madam Roose habis kul 1130 pagi. patutnya pas bli kasut g solat dulu. ni aku tak, pas bli kasut, aku g melalak dulu...astaghfirullahahaziim....


BERDOSANYA AKU.....!

balik dah kelam kabut nak g solat lagi nak masuk kelas MTC 037, Madam Farrah lg. air mineral aku jatuh kat eskelator. pecah..! huh..tu la minuman dari tempat2 yg lagha..tak berkat. sampai kampus, cepat2 naik umah... dalam masa yg sama air kat umah ni leh pulak nyawa2 ikan...nasib baik cukup untuk ambik wuduk. eii..ntah pape je la aku ni...blah..~~~! pastu masuk kelas tadi agak2 faham tak faham jugak la. fuh..! bahana wat dosa la ni kan? sb patutnya...masa kelas BEL313 td madam suruh bincang pasal forum nnt. tp, g wat benda lain...haaa nmpak sgt ketidakbertanggungjawabannya itu kn? ha padam muka kau.....! tuju kat diri aku la ni.... hurrmmmm..... :-|

Madam......, maafkanlah anak didikmu ini. Sesungguhnya aku telah mengkhianati janji...... :-(




YA ALLAH,
Sesungguhnya Aku telah Lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak didik yang menuntut ilmu daripada gurunya....maka KAU ampunilah aku YA RABB...



Monday, January 17, 2011

Kecelaruan Yang MELAMPAU...!

Ya ALLAH...............

serius, hari ni aku mmg tak de mood langsung. habis je presentation pagi dan petang tadi, terus down gila2. ni sebab rentetan daripada kes semalam la..................eii, 

astaghfirullah, nanti2.....ada mood aku sambung tulis apa yg selanjutnya. ni la bahana bila dah jauh dari yg Maha ESA.....

Wednesday, January 12, 2011

Wah...GElak sakan.. membakar KALORI dalam badan.. =D

bismillahirrahmaannirrahiim...

Ya ALLAH... byk betul dosa yg aku buat hari ni dan semalam. sebab dosa yg aku buat semalam , so pembalasannya dapat hari ni.....


Mm..mula-mula dtg rumah si polan nak bincang pasal si polan aku sorang ni yg dah agak berubah ckit...dan macam-macam lagi la tentang persahabatan..ni kiranya perbincangan yg nak mencari solusi la ni...huhhu... tiba-tiba lari topik pulak..dah jadi gossip...dan etc... hiuuu.... =D
GELAK yg tak boleh blah...!


huh...!ada ke sampai masuk bab-bab senjata api...aku tahu la yang aku ni memang nak jadi pegawai polis...yang tak boleh blah siap libatkan masa depan yang tak sepatutnya terjadi masa ni...ambik kau..sampai sakit tekak aku hari ni....sebab gelak semalam.

AS A RESULT.... aku bangun lambat pagi td....masuk kelas yang sepatutnya pukul 10 pagi aku masuk pukul 11 pagi. huhuhuhu...nasib baik tak kena denda dgn lecturer aku...hahahah... aku masuk tadi, kawan-kawan aku gelak sakan...lagi-lagi la budak-budak lelaki..ye la tak pernah-pernah aku lambat datang kelas tiba-tiba hari ni lambat nauzubillah...
ingat tak nak je pergi...tapi aku dah azam tak nak skip kelas semester ni....arghh..tak kira lambat tak lambat , janji aku datang dan kehadiran aku dikira.... alhamdulillah ALLAH SWT permudahkan segala urusan aku.... 


YA ALLAH..... kau ampunkanlah dosa hambamu ini yang lalai daripada mengingatiMU pada ketika aku sedang bergembira dan tanpa aku sedari aku telah mendatangkan kemurkaan MU terhadap diriku....

aku rasa dah 2 kali aku memusingkan katil-katil dan loker-loker dalam bilik tu....haaa.... lagi satu yang seronok sgt hari ni...aku renovate bilik lagi...wah...! luas-luas. puas hati. cantik dan kemas. tak la serabut mata aku pandang keadaan dalam bilik tu. so, aku harap kawan-kawan sebilik aku suka dan dapat bagi kerjasama untuk memastikan bilik tu sentiasa kemas dan teratur. ni la baru namanya anak dara.....dan MENANTU PILIHAN IBU MERTUA.....hahahahahaha... =D

tahniah wahai sahabat. dan aku bersyukur kerana ilham itu di anugerahkan oleh ALLAH SWT kepada aku.... 

ALHAMDULILLAH

Sunday, January 9, 2011

APA ITU CINTA........?



korang tahu tak apa itu cinta...?? tahu tak apa yg perlu ada pada diri kita sebelum kita memulakan cinta...??? aku sendiri tengah belajar apa itu CINTA sebenarnya. cinta ni merangkumi ruang yg luas..bukan terhadap manusia sesama manusia sahaja..tapi antara insan dan seluruh alam,, bukan alm ini saja tapi alam semesta pun ye juga.haa, kalau tak percaya...knp Syeikh Muzaffar tu pergi ke angkasa? kerana dia cintakannya.. kalau tak wat pe la dia susah payah nak interview..dan "trainning" dengan bersungguh-sungguh sehingga terpilih...? itu semua kerana CINTA.


aku sendiri pernah mengalami saat-saat itu...cheewahh..! =) semuanya manis belaka bagi aku. tetapi pabila pelbagai cubaan yang mendatangi diri aku..mengganggu-gugat ketenangan jiwa dan iman aku...aku jadi tak tentu arah. apa yang aku buat serba tak kena belaka. ntah apa yang aku rasa. aku hari-hari  mengalirkan airmata. mak aku pun risau tengok keadaan aku yang macam tu. pernah sampai tahap naik gila, bila syaitan dah menghasut jiwa....aku "potong" rambut aku sendiri...habis rosak! inilah akibat cinta dunia. cinta yang tak mengenal erti setia....cinta yang hanya manis pada awal dan mulanya.


ALHAMDULILLAH.....
aku ada keluarga yang memahami dan menyokong. tidak pernah berkata tidak. tidak pernah menyalahkan aku semata-mata. betul aku tak tipu. keluarga aku amat "supportive". aku sentiasa dinasihati. aku diperlakukan seperti seorang anak yang matang. aku dididik dengan cara yang sempurna. keputusan semua ditangan aku. tugas mereka hanya menasihati dan memberi contoh yang wajar. BEST kan ada keluarga yang macam ni....??


aku cuba fikirkan balik..... kenapa aku ada keluarga yang macam  ni...? pernah tak aku bersyukur.... pernah tak aku mengucapkan dan melafazkan kalimah-kalimah indah yang memuji SIAPA yang menciptakan ini untuk ku...kenapa DIA berikan semua ini...? kenapa DIA  tak tarik balik apa yang DIA telah beri pada aku...?


Ya....dan kini baru aku menyedari.....semua ini kerana CINTA..! DIA menyintai aku, tetapi aku tak pernah membalas cintanya..DIA menunggu cinta daripada aku..tetapi aku tak pernah cuba untuk menyampaikannya.
DIA memberikan yang terbaik buat aku tetapi aku tidak pernah memberikan yang terbaik untuk  DIA.


Betapa butanya aku...betapa bodohnya aku.....aku menyintai insan yang tak pernah cuba memahami dan sentiasa bersamaku di kala aku susah dan gelisah....dan pergi meninggal aku tanpa sebab....sedangkan DIA tidak... DIA setia menanti dan terus menanti aku....menanti aku mengadu dan meluahkan segalanya dan merintih... mengalirkan airmata supaya dapat DIA memujukku...dan aku kembali tenang di bawah lindungan yang DIA binakan khas untukku... 


Aku baru sedar sekarang, aku merasakan pahit dalam membalas CINTA DIA....tapi, aku merasa manis, manis yang tak pernah aku rasai didalam percintaan seumur hidupku.. 


Dan kini aku belajar untuk menyintai DIA.....
menghela nafas senada iringan nama  DIA ....
aku cuba binakan seutuh-utuh CINTA untuk DIA....
kerana DIA menyintaiku...
kerana DIA menyayangiku....


AKAN AKU TANAMKAN CINTA UNTUK DIA SELAMANYA.....SEPANJANG HAYATKU


WAHAI CINTAKU...........


LINDUNGILAH DAN PELIHARALAH AKU...


AKU INGIN MENEMUIMU.....BERSAMA BAHAGIA YANG KEKAL ABADI.....




...........YA ALLAH.........

KAULAH CINTAKU

cinta ALLAH itu cinta yang kekal dan abadi.....

Wednesday, January 5, 2011

MUET~~~~MUET~~~~MUET~~~~.......................... ermmmmm...........

bismillaahirrahmaanirrahiim....

hahahah...kan aku dah habaq,,, keputusan dah keluar dan aku dah tahu keputusan aku....erm, nak patah balik ker ha..amik dip.sains dan continue engineering ke..atau nanti amik veterinar...hahahaha.


kos aku ni dah jauh menyimpang dari dunia sains dah.....tu la tak nak masuk matrix...grrr,,taakuutttt!!!! ADDMATH..CHEMISTRY....hahahaha. tak kisah la. result MUET..bukan bermakna berakhir segala-galanya...boleh amik lagi kan? kemudian sambung la BLS...amik LLB..keluar berpaku-paku atas bahu...wow bestnya...! 

tak pe..tak pe.. ALLAH SWT itu ada..DIA bagi aku down sebab dgn sebab aku down aku boleh bangkit kembali..... ALHAMDULILLAH syukur nikmat....
dengan ini aku dapat berusaha dengan lebih gigih dan dapat merasai kemanisan usaha itu sendiri..... TERIMA KASIH YA ALLAH......amiin.....

Tuesday, January 4, 2011

erm..penjelmaan tahun baru..??

bismillaahirrahmaanirrahiim...

RADIO MUET

erm..awal masuk kelas ...mmg gempak sangat-sangat..penampilan baru kot..hahahaha..aku pakai cermin mata. wah dah macam pensyarah la kau ni...huhuhu..ada la yang cakap mcm tu..ada yang ternganga tak terkata apa-apa...hahaha bukan apa, aku hari tu pakai serba hitam kot..dull..jer budak-budak ni tengok aku hari tu..misteri sungguh,.... haha, kena lagi... aku diperli radio MUET . huh..dah.. sampai lecturer aku pun terpengaruh sama dengan budak-budak tu...dia pun cakap my voice was exactly like the radio during the listening exam...arrghhh...! apa ni....?? hahah..dalam diri aku sebenarnya..suka gak la. sebab diorang akan ingat aku sampai bila-bila sebab RADIO MUET.....

Saturday, January 1, 2011

bismillaahirrahmaannirrahiim

wah..tak sngka pulak aku sekarang dah masuk tahun 2011 kan? tahun baru masihi... erm segala azam dan perancangan aku dah buat masa tahun baru hijrah hari tu..

ALHAMDULILLAH... duit dah ada..belanja sekadar yang perlu. hari ni aku keluar dengan kawan sebilik aku.. wajihah...sebab dari semester lepas aku dah janji nak keluar sama-sama dengan dia...nak ajak aku keluar ni memang payah sikit...dan agak susah la..lagi-lagi nak berbelanja di pasaraya-pasaraya besar..hahaha.."shopping" =). Aku memang tak suka. kecuali ada benda penting yang aku nak beli. =D

dari tiga tahun lepas aku nak buat CERMIN MATA baru sejak cermin mata aku pecah ..tapi tahu-tahulah aku ni terlalu berjimat sangat dalam berbelanja.. haha ...sampaikan mak dan kakak aku suruh aku buat cermin mata pun aku cakap membazir.... pelik tak?? itu kan keperluan.....kn?  jadi sementara dah ada duit ni..dan mata aku pun dah semakin tak nampak bila menghadap komputer..aku pun mulalah buat cermin mata di tempat yang dah lama aku tinjau. harganya tak mahal pun..erm..tapi bagi aku tetap mahal... RM 170...pakej, siap "multi-coated" lagi. bingkai  Tissot 1930. tahan lasak. jadi nak atau tak..sementara promosi ni aku pun buat la kan..patut tak?

hmm..ni nak cerita pasal KASUT. nak pakai buat jalan-jalan biasa. jadi kasut kuliah aku taklah tercampur sekali dengan kasut "outing"..mmm mahal tak?? bagi aku mahal gila 30 ringgit. nak buat macam mana. kasut yang padan saiznya dengan aku memang tak jumpa harga murah-murah ni jadi nak atau tak aku kenalah beli walaupun terpaksa...uuiishhhh...mahal,mahal,mahal...! grrr.... = | 

nampaknya makan nasi lepas ni kenalah kurangkan daripada sekali seminggu kepada dua minggu sekali. hari-hari yang lain makan maggi je... jimat tak..?? ke aku ni tak sayang diri..mmm?  : - ?