SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

MENANTI KEHADIRAN SEKEPING KAD....

Ya Allah, penat sangat-sangat malam ni. Rasa macam nak termuntah rasanya. Kepala mula berpinar-pinar. kerana kerap tidur lewat, aku sudah terbiasa dengan keadaan ni. dah jadi macam satu penyakit rasanya. INSOMNIA.. banyak perkara yang perlu aku selesaikan malam ni. sedang leka memotong kepingan kertas yang bertaip nama-nama ahli jawatankuasa baru kelab..


" Mil, kau buat apa tu?" pintas Ila yang sedang duduk di sebelahku
 " hah..??" tersentak rasanya. "erm..potong nama budak2 ni. nak tampal dekat board kelab jap lg."
" weh..tepon ko bunyi tu....angkat la." 
"hah, ye ke? oo...ok2 jap." balasku yg tak menyedari telefon bimbitku berdering
haishh...mamat ni. pehal la call aku tengah malam2 ni. macam malas nak angkat rasanya. tapi rasa tak patut la pulak... kalau tak nanti esok mesti aku kne marah dengan dia. walaupun aku tahu yang mamat ni tak la tegas mana. hmm...
"assalamualaikum...Mil, ko sibuk ke sekarang?"
"wa'alaikumsalam,mm..tak la sibuk mana, tengah search topik2 untuk buat presentation nnt. kenapa?" soalku semula.
tak semena-mena Ila menyampuk..." poyo la ko Mil, padahal kita baru habis tgok Karak"
"eii...diam la, jgn cakap kuat2. tapi betul pe, tak caya tgok ni." balasku dgn nada berbisik sambil menunjukkan page dari internet yg telah kusimpan itu kepada ila.
" ko dah siapkan ke nama budak2 tu, gambar2 diorang....ha, lagi satu..barang2 yang aku suruh beli tu dah ada? cukup tak duitnya, kalau tak cukup nnt aku tambah lagi." balas Hizi.
eh, banyak pulak tanya tuan president ni....aku tanya dia, dia soal aku balik.tak de spesifik jawapan langsung. aku tau la buat kerja aku.
"hmm...dah2. semuanya dah. duit? ermm...duit cukup je. tak de masalah la." jawabku lesu.
"ok, kalau macam tu aku tunggu kau kat bawah..dan bawa semua barang2 tu k. syukran. assalamualaikum."  balas Hizi.
"wa'alaikumsalam." terus kumatikan talian itu. 
Tiba2 aku tersentak. "Ya Allah, baru aku ingat, bukan ke aku ada janji dengan dia untuk siapkan board tu malam ni! macam mana la aku boleh lupa ni...ish. teruk betul la." aku berdialog sendirian, dgn nada yg agak tinggi.
" ko ni dah kenapa Mil, buang tebiat jerit2 mlm2 ni?" tegur rakan sebilikku. 
"ila...aku lupa la. Hizi dah lama tunggu aku kat bwh tu. tapi aku lupa sangat2.dah la dia ada meeting tadi..alamak cne ni?"
"weh..kesian doo..dia. ape la ko ni, tu la ape ntah yg di ingat. semuanya lupa. dah tu ko nak wat pe lagi. g la turun. ni tanya aku pulak nak wat pe? eii.."  balas ila.
Dengan gopohnya aku memasukkan semua gambar, nama ahli jawatankuasa yg telah siap kupotong itu kedalam sekeping plastik lutsinar dan membawa kertas manila kad, gunting, thumbtack dan sampul pvc yg telah kubeli tadi.
" ok..aku turun sekarang tau. jangan kunci pintu." sambil berlari memakai kasut untuk turun sb aku dah tau aku dah terlambat sangat2.
"wei Mil.....! ko lama tak kat bawah tu?" jerit Ila
"tak, kejap je. tapi lama la jugak...! hahaha.." balasku sambil menuruni ank tangga asrama siswi. 
********************* 
"er....Ila, tolong la, macam mana tu....tadi dah telefon kak hanis...susah la mcm ni." rungut Hairun


"Ala..kejap la.." balas Ila. "wei korang nak wat cmne ni, Pintu bilik dia terkunci la, Hai tak boleh nak masuk."


Eih..mcm mane boleh terkunci tu?" soal Sufi ingin mendapatkan kepastian.


"Tadi Hai hantar Ika pergi terminal..Ika kunci pintu, tapi Hai lupe nak ambil kunci atas meja tu." suara Hai seakan-akan airmata akan berjurai tak lama lagi.


hey..apalah dia org buat ni, pagi2 dah bising2 depan bilik. aku cuba membuka mata yang seakan-akan hendak kututup sehingga ke tengah hari. suasana hingar-bingar, bahkan bukan ramai pun, tapi suara budak2 ni mengalahkan 10 org manusia yg menghadapi masalah besar.

"Nan, bangun ...tu kenapa bising2 tu..?" tanyaku kepada Hanan.

"ntah la Mil...tadi aku mcm dengar Hai tertinggal kunci kat dalam bilik..hmm, tak boleh masuk la tu.." ujar Hanan yg masih mengantuk itu.

Aku bangun lalu membuka pintu bilik yang hanya berhadapan antara satu sama lain, "oii...ni pehal ni pagi2 dah bising2...besar sangat ke masalah korang ni?"

"Mil, pintu bilik tak boleh buka. kunci tertinggal kat dalam. Hai tak boleh nak masuk. Ika balik hari isnin nanti.." Mata Hai sudah digenangi airmata.

"Ya Allah, cmne la boleh lupa. Lama tu, hari ni baru hari Sabtu.erm, dah bg tahu kat admin?" balasku

"dah la Mil..tadi aku dengan Hai dah try semua kunci pendua yg admin bg. satu pun tak leh masuk." Balas Ila menjawab soalanku tadi. "eh, Mil..boleh panjat aku rasa tu."

"hah? tinggi wei...ko cuba tengok tu.." balasku

"ye la...tapi cube tengok kat depan. Alamak, lupa la. Hai duk tingkat 3. kalau 2 tu lain citerlah kan?" respon Ila yg memikirkan buruk baik tindakan itu.

Hai kelihatan semakin panik. padahal boleh je kalau dia nak duduk dalam bilik antara kami beramai ni dalam beberapa malam. tapi mungkin dia rasa tak selesa. aku paham keadaan Hai. sb aku pun tak selesa tidur di rumah orang lain melainkan rumah sendiri, kalau ya pun, mungkin itu dalam keadaan terdesak yang teramat sangat atau tuan rumah yang minta aku temankan, barulah aku akan berbuat sedemikian.

aku rasa tak sampai hati tengok Hai dalam keadaaan yang kelam kabut macam tu. kelemahan aku adalah aku tak boleh tgok org susah, sb aku ni mmg mudah sangat kesian dekat orang. "Hai, jom tengok mcm mana. kalau boleh panjat kita panjat." ujarku sambil tanganku mencapai tudung yg tersangkut di birai katil Noor. Masih bengan berbaju tidur ala-ala kimono serta berseluar slack panjang berwarna hitam aku berjalan menaiki tingkat tiga bangunan blok B.

"eish..tinggi jugak ek. ok.mcm ni..Hai cuba tanya dekat Kak Nisa, call dia dan minta izin cakap macam ni, kak, boleh tak kalau sy nak panjat?" soalan yang kusedari agak tak relevan itu pula yang terlintas di benak fikiranku. For sure la Kak Nisa tu tak bagi.

"Mil, dah call..tapi dia tak bagi la..." balas Hai lesu selapas menamatkan talian.

"Ok, Mil rasa boleh panjat ni...tapi Hai g la amik kerusi tu dulu. Dinding tangga ni tinggi. "

 "Mil...tak payah la, Hai takut. biarlah hai yang panjat sendiri." balasnya panik.

"Eh apa la Hai ni...kalau Hai panik, mana boleh nak wat cmtu..kalau jatuh mcm mana?" balasku selamba.

"habis, kalau Mil yang jatuh macam mana. tingkat 3 tau ni, bukan ground floor tau" suara Hai agak tinggi kali ni. 

"Kalau Mil yang jatuh...prepare kan jemaah untuk solat jenazah je la....hahahahaha." terbaur gelakkanku membalas kata2 Hai tadi.

 Hai hanya tersenyum mendengar jawapanku."Main2 je la Mil ni tau. tak pernah nak serius. Hai serius ni.."

Setelah mencuba dan dibatu oleh rakan-rakan lain, terutamanya  Noor, Ayu, dan Anila...akhirnya Emil  berjaya menyusup masuk ke dalam bilik Hai melalui tingkap. Dicapai  kunci yg berada di dalam beg Hairun di atas meja.

Sambil membuka pintu  bilik dari dalam, Emil bereaksi seperti biasa dan tiada gentar dalam  diri, " assalamualaikum..!" Dia melafazkan dengan penuh senyuman.

"Mil..terima kasih....!"Hairun terus memeluk Emil. airmatanya mengalir akhirnya. dia tahu apa-apa saja boleh terjadi kepada emil sekiranya rakannya itu terjatuh dan jika itu terjadi, dia tidak mungkin dapat memaafkam dirinya sendiri. 

"hahaha...dah la, apa yg touching sangat ni?" Ujar Ayu

"tak ada sesiapa yg cedera ok..kan  emil kan?" sampuk Anila.

"memang kita practice apa yg kita dah belajar masa kat kem PLKN dulu kan  emil..?" soal Noor.

"hahaha...yelah." Emil hanya mampu tersenyum dan ketawa sebagai respon. Gementarnya masih bersisa.

Gelakkan mereka berderai di situ. 


************************