SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Sunday, February 27, 2011

MISI PENDAKIAN BUKIT PELINDUNG, KUANTAN PAHANG.

BUKIT PELINDUNG, KUANTAN
Bismilla~hirrahma~nirrahi~m...
Alhamdulillah, terlebih dahulu aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH 'azza wajalla..kerana memberikan aku kesempatan untuk duduk di hadapan laptop ni dan mencoretkan rutin harian aku untuk dikongsikan bersama-sama sahabat2 sekalian.. =) ucapkanlah, Alhamdulillah.... 
Hari ni aku rasa amat bertuah, amat beruntung, amat gembira, dan amat terhibur. bukan kerana aku saja2 pergi berhibur dan berlibur ke sana ke mari. Tapi pengalaman yang aku dapat pada hari ni. Walaupun tubuh ini mengadu kepenatan dan keletihan, namun naluri hati yang di ilhamkan oleh ALLAH SWT untuk mengikut rakan dan Ummi ke bukit pelindung dan keinginan yang dah lama tertanam untuk mendaki bukit itu, membuatkan aku berasa sedemikian.

mengimbas kembali rutin 2-3 hari lepas:
"buat CDO kat pantai balok."
"mmg panas..sunburn muka ni"
"jom main bola baling n tarik tali."
" ni balik mesti penat sgt2 kn?"
"itu sudah semestinya"

"Ya Allah, byknye kerja nak kne buat ni,mmg aku tak tdo la malam ni."
"mmg kita tak boleh tido pun,sumenye kne hantar esok."
"kalau ikutkan hati, nak je aku hantar yg salah2 ni..tak payah edit2, wat penat je."
"mane boleh mcm tu weyh..carry mark tu,belum tentu exam dapat markah penuh."
"emm...yela2."

lepas diarahkan oleh tuan president kelab:

"esok pagi kita g teluk chempedak tau, bas pukul 8."
"ada quranic group ke?"
"ada2. Jee dah post kat wall group dalam Fb. ajak ramai2 tau"
"haa..yela2, kalau budak2 ni bangun la ye esok pagi."

"eh, petang ni ada meeting tau"
"hah! ok2..pukul berapa?"
"lepas habis quranic group kat padang lalang"
"oh..ok2"

"bukan ke kita kne attend ceramah kat UIA petang ni?"
"haa..yela.jom2."
"eh, cepat2 nnt kitaorg tertinggal bas la."
"ok2. jap lg habis."
lepas sampai kampus:
"da nak dekat asar ni, solat dulu ea?"
"ok2, solat dulu..."
"alamak korang.....bas da jalan da!"
"aini leh tolong callkan van polisas tak?"
"ok2...zetty dah callkan.."

ring..ring..ring...

"aini bangun, hari ni jdi nk g bukit pelindung, Ummi  da on the way."
"hah..?ok2"
ya ALLAH penatnya...mcm malas je nak pergi...
zassss........! cepat pantas dan efisyen...trus siap.

alhamdulillah....kalau ada yang kata mereka sibuk, aku pun sibuk juga...tapi mungkin cara pembahagian masa itu berbeza, kalau ada yang kata dia kena ikut jadual, serius aku cakap: " aku tak de jadual yang tetap untuk rutin harian,apa yag aku letakkan tiap2 hari adalah matlamat apa yang aku nak buat pada hari itu". kalau ada yang kata dia penat, sama je. aku pun penat juga. tapi mungkin kesempatan ini ALLAH berikan pada aku walaupun dalam kesempitan masa ada kelapangan untuk melihat kuasa ciptaan-Nya. Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang dah dikejutkan tapi tak bangun tu memang rugilah. individu2 yang menyertai rehlah kali ini terdiri daripada jawatankuasa program, pelajar2 daripada UIA, UiTM,UMP,IKIP dan pelajar lepasan SPM. Bagi kami, koncu2 daripada UiTM ialah, aku sendiri, Nur ashikin dan Raudhah Ramlan.

NI TEMPAT KITAORG BERKUMPUL SEBELUM NAIK


sambil menunggu sahabat2 yang lain sampai, kami sarapan,(makan sandwich: sedap tau..! tapi sampai TC baru aku makan  =D )  buat regangan, mendengar taklimat daripada pengarah program dan, apalagi...naik la! =D yeeehhaaaa...! semuanya ada 4 perhentian. yang kat atas ni, permulaan...kat atas bukit ada lagi dua check point, dan yang terakhir sekali akan berakhir di Teluk Chempedak. sebab kami turun di sana. di setiap perhentian ada pengisian dan ilmu yang dikongsikan bersama.

gambar2 ini menggambarkan sedikit sebanyak suasana di Bukit Pelindung. 




NI SALAH SATU JALAN YANG KAMI LALU
Subhanallah....tinggi juga bukit ni, agak semput la naik. nasib baik dah 'build stamina' tiap2 petang sebelum ni..(jogging) jadinya alhamdulillah tak ada masalah. ada juga di antara sahabat2 yang naik tu  macam dah nak putus asa, tapi berbekalkan semangat dan dorongan sahabat2 yang lain dan naluri yang bersungguh-sungguh kerana Allah swt. dia berjaya sampai ke TC. alhamdulillah. Ni baru dugaan naik bukit, dah rasa macan nak pitam dan sebagainya. yang aku nak beritahu kat sini adalah, ini salah satu cara pentarbiyyahan diri. kuat tak kita nak harungi beban yg seberat ini..beban tu adalah tubuh kita sendiri yakni tanggungjawab yang kita pikul dan tarikan graviti yang ada pada bumi ni yang seperti menarik kita untuk ke permukaan kerak bumi itu adalah seperti dugaan dan cabaran yang bakal kita hadapi ataupun yang memang ada dalam kehidupan sehari-harian kita. Alhamdulillah, semuanya berjaya naik dan sampai ke penghujungnya. Tahniah wahai sahabat2ku! all of you are amazing!
KAMI TURUN DARI BUKIT TU KAT AREA2 TITIAN NI


KAMI BERKUMPUL DI TEPI PANTAI TU


Alhamdulillah..kami sempat sampai dalam masa 2 jam (tak sampai rasanya) apa2 pun, ini adalah salah satu cara untuk melahirkan insan yg bergelar khairu syabab! =) bukan hanya sihat dari segi mentalnya, tapi juga fizikalnya..bila melihat ciptaan dan  kebesaranNya, hati ini terdetik dan mengatakan bertapa kerdilnya diri ini di sisi ALLAH SWT. mudah dan kadang kala cepat berputus asa. namun, diri ini cuba memikirkan kembali, dugaan yang aku lalui tidaklah sehebat dugaan para nabi dan para sahabat yang terlebih dahulu memperjuangkan agama ALLAH SWT. Rasululllah saw adalah contoh terbaik yang mesti dicontohi. dia tidak pernah sesekali mengeluh dan berputus asa dalam berdakwah terhadap masyarakat jahiliyyah di tanah arab. dugaannya lebih besar daripada bukit yang aku daki ini. betapa beratnya tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ALLAH SWT.

 rentetan daripada itu, aku masih teringat apa yang dikatakan oleh daie yang menyampaikan tazkirah bahawa gunung-gananag ini nescaya akan pecah sekiranya tanggungjawab sebagai khalifah ini diturunkan kepadanya. dan kalau aku tak silap aku pernah terbaca dalam Al-Quran yang mengatakan bahawa, akan hancur sekiranya Al-Quran ini turun kepadanya (gunung2 dan bukit2)...kerana di dalamnya terkandung tugas2 yang perlu dilaksanakan oleh makhluk yang bergelar insan(khalifah) di atas muka bumi ini. Lalu aku bertanya lagi kepada diri ini, adakah aku sudah melaksanakan tanggungjawab itu? mampukah aku? layakkah aku? mampu atau tidak, layak atau tidak itu bukan persoalannya..kerana ALLAH SWT itu menduga seseorang hambaNya berdasarkan kemampuan seseorang individu itu sendiri...layak atau tidak? ilmu itu perlu terus dicari dan dicari...bertambah dan menambah...mengamal dan beramal....jadi tak perlu tunggu sempurna baru nak sebarkan kebaikan.

 ada seorang sahabat yang berkongsi ungkapan daripada seorang ulama' yg berbunyi: " Berbuat baik dan ajaklah orang lain..." bukannya dia berkata bebuat baik, KEMUDIAN ajaklah orang lain.yang tertulis adalah DAN. kalau kita belajar bahasa melayu dengan betul, 'dan' bermaksud bersama-sama, disekalikan, diiringi. jadi, sambil2 kita memperbaiki diri, kita ajaklah orang lain berbuat kebaikan juga, ye tak? kalau nak tunggu semua sempurna dahulu, alamatnya tak ada siapa yang akn menyampaikan dan menebarkan kebaikan di atas muka bumi ini...ye la, masing2 tidak sempurna lagi...kita kena ingat yang fitrah manusia ni tidak pernah puas dengan apa ynag ada pada diri. nak berlumba-lumba dengan orang lain. jadi agak2 sampai bila tu nak tunggu diri ni puas dalam mencari kesempurnaan?? 

 kita rasa tak pandai nak berkata-kata, nak tegur kesalahan seseorang..ye2, itu adalah kelemahan diri kita. tegur salah, nanti kena marah kena ngata, benda yang akan pasti terpacul pada mulut orang yang ditegur adalah  berbunyi begini " ceh.., macam la kau tu baik sangat! suka hati aku la kan nak wat apa. kubur masing2" pernah aku tanya pada ayah aku, macam mana kalau orang yang kita tegur tu cakap mcm ni? ayah aku cakap macam ni.: cakap je kat dia " Ooo..kubur masing2 ye, mana tahu takdir Allah kubur kau sebelah kubur aku? macam mana aku nak rehat kalau kau dekat dalam tu asyik bising je. tak senang lena aku nanti tahu tak?" hahahaha... =D serius aku tergelak lepas aku dengar ayah cakap macam tu. tapi ayah ada pesan, tegur seseorang dengan berhikmah, bukan makian atau cacian yang membuatkan seseorang itu rasa marah dan terasa hati. jadi macam mana pula kalau kita tak tegur? rasa bersalah jugakan? bersalah pada siapa? ha..fikir sendiri. nanti dekat akhirat kena tanya " kau nampak kemungkaran berlaku dihadapan matamu, tapi kenapa tak cuba tegah?" haaa.....apa nak jawab??? mencegah kemungkaran ada tiga cara: dengan tangan (perbuatan), dengan lidah (lisan/teguran/peringatan) dan dengan hati, sesungguhnya itu adalah selemah2 iman.... tengok, kita sekadar membenci perbuatan mungkar yang berlaku di hadapan mata kita, betapa lemahnya iman kita kan? astaghfirullahhal'azim...

justeru, sambil2 kita menebarkan kebaikan kepada insan lain, mari kita perbaiki akhlak diri. menegur melalui perbuatan itu lebih berkesan dengan melalui lisan. kita lihat sirah Rasulullah saw. ramai yang tertarik dengan akhlak baginda..Orang2 musyrikin mekah jua turut mengagumi akhlak baginda sehingga digelar Al-Amin..di antara mereka yang memeluk agama Islam adalah di sebabkan oleh akhlak Rasulullah saw itu sendiri...jadi, mari kita ikut contoh baginda...supaya senang untuk kita menyebarkan kebaikan di muka bumi ini tanpa sebarang permusuhan dengan insan2 lain. 

Wallahu'alam...

"SENYUMAN ITU ADALAH SEDEKAH, KERANA IA MAMPU MEMBUATKAN SESEORANG ITU MERASA DIRINYA DIHARGAI DAN DIHORMATI SECARA TIDAK LANGSUNG, DAPAT MENGHIBURKAN, MENGGEMBIRAKAN DAN MENENANGKAN HATI  ORANG LAIN. SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH YANG PALING MUDAH DAN IA BAKAL MENJADI BEKALAN AMAL JARIAH KELAK."


Senyumlah dengan penuh keikhlasan

Senyum  bertujuan untuk kebaikan, bukan saja2 nak menggatal pula ye

Senyum mengeratkan tali persahabatan

Senyum itu boleh jadi petua awet muda tau

*terpulanglah pada korang nak senyum dgn ekspresi muka yang macam mana...aku tak dapat nak ekspresikan di sini bagaimana....tak kisah la..as long as you smile =)

Wednesday, February 23, 2011


bismilla~hirrahma~nirrahi~m....
Saladin: animated series:
SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI
baru aku ingat kenapa Rasulullah SAW suruh ajar anak2 berkuda, memanah dan berenang.....ada hikmah disebaliknya....dah lama sebenarnya aku nak cari video ni, baru sekarang jumpa. aku tahu ada animated ni pn lepas aku balik dari kem Kepimpinan Global Islamic Art ...ramai gak mmbr2 tanya, yg HD nye tak de ke? tak kn just trailler je... mmg yg full aku tak tahu tajuknya. so aku nak bg Credit pada Shah, rakan FB aku, sb provide tajuk penuh cerita ni. Syukran Shah. =)
ALHAMDULILLAH, AKU DAH DEWASA!!


Bismilla~hirrahma~nirrahi~m.......


terlebih dahulu aku panjatkan penuh kesyukuran terhadap kurniaan Allah SWT yg masih memberikan kesempatan bagi aku untuk mencoretkan apa yg aku rasa dan apa yg berlaku hari ini. terima kasih Ya ALLAH kerana Kau masih meminjamkan nyawa dan memberi kesempatan untuk aku menyambut ulang tahun ku kali ini dengan suasana yg meriah dan tenang.

assignment yang datang berlambak-lambak, pulak tu kena hantar pada tarikh lahir aku, mmg rasa mcm tertekan sangat2. tapi aku percaya, yg DIA tak kn menduga seseorang hambaNya itu melebihi tahap kemampuan seseorang itu. jadi, aku cuba tabahkan diri..walaupun byk konflik yg berlaku antara lecturer dan nota yg kitaorg dapat, kerja mesti diteruskan. walaupun pembetulan pada assgnment byk kali aku buat, bukan setakat aku je, tapi rakan2 yg lain. boleh kata diorang naik "fade up" jugak la, nak je hantar yang salah2 tu. tapi kerana fikirkan markah, carry mark kiteorg, terpaksa la bersengkang mata, berhempas pulas nak menghabiskannya. 

Hasilnya? Alhamdulillah memuaskan. dan aku puas hati dan gembira dgn kerja yg aku buat dgn partner assgnment aku, yakni Syahid. (birthday kiteorg sama tau) hahahaha....gembira tak terkata. esok tinggal hantar je. ni la kali pertama aku rasa puas dengan hasil kerja aku. (walaupun aku tahu, bukan baik sgt pn assgnment yg aku buat tu. erk!!)

kepada sahabat2 yang sudi meluangkan masa untuk ucapkan selamat hari lahir pada aku, aku nak ucapkan byk2 terima kasih pada korang sume.terutamanya, housemate aku A208 dan budak2 LAW B, GIA, Ex-housemate A305, TIGS crew Batch 2009, dll. aku sayang korang lebih...! =) nasib baik aku ni single but not available, lau tak, kekasih aku tu pn aku tak syg mcm mana aku sayang kat korang wahai sahabat! (mmg malang sape yg nak bercinta dgn aku ni...hahahah)

Mak, adik besar... terima kasih mak sb lahirkan adik... Ayah, nampak tak adik dah makin matang dan tahu urus diri, adik pandai berjimat macam ayah, mungkin lebih jimat daripada ayah..ayah tahu tak? (sampaikan makan untuk diri sendiri pn adik berkira..hehe) adik tahu..ayah mesti nampak =) along,angah,alang,kek ja,kak na,abg dik....adik korang ni dah besar tau...so plz treat me as an adult...i'm not a child anymore... =)
abg yun dgn abg kili....jga ayah ye. insyaAllah kita akn bertemu satu hari nanti..adik rindu sgt..! =')

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MENSYUKURI KURNIAANMU YANG AMAT TIDAK TERHINGGA INI, SUNGGUH TIDAKKU MENYANGKA YANG AKU MAMPU MELIHAT ALAM CIPTAANMU INI SEHINGGA KINI, TELAH BANYAK IHSAN YANG KAU BERIKAN KEPADAKU YA ALLAH PEMILIK SEKALIAN ALAM DAN APA YANG ADA DILANGIT SERTA DI BUMI... KAU PERMUDAHKAN SEGALA YANG SUSAH , KAU LAPANGKAN SEGALA YANG SEMPIT, KAU MAKBULKAN APA YANG TERHALANG, DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU, KEDUA-DUA IBU BAPAKU, SAHABAT-SAHABATKU, SERTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..
 SESUNGGUHNYA KAULAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG DARIPADA SEGALA APA YANG PENGASIH DAN PENYAYANG.

surah Al-Baqarah 2:29
" Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

wallahu'alam..

Sunday, February 20, 2011

BEST2......!! eh Ye ke?? YE KOT..! hahhaa =D

bismilla~hirrahma~nirrahi~m....

terlebih dahulu aku mulakan topik hari ni dengan salam kegembiraan dan keceriaan untuk korang yg baca blog aku hari ni ~~~~ aku amat bahagia sekarang walaupun sebenarnya aku tengah sakit gigi sekarang ni...gigi bongsu nak tumbuh ~~~~ tsk..tsk.. ='( 

hahahahaha...bagi aku gelak dulu sekarang ni sb tadi aku dah nangis kan??? =D mmm...kalau korang nak tahu, hari Jumaat lepas aku g lawatan ke Library UIAM (IIUM) Gombak, Selangor. eh perlu ke aku cakap???? eh..perlu laa~~~~ of course it must!! hahaha....  Alhamdulillah sb aku terpilih dikalangan ramai2 pelajar asasi undang2 UiTM kat Kuantan ni...ada la dalam 70 org yg terpilih, kalau tak silap aku. ada dua trip. aku adalah trip yg pertama merasmikan lawatan ini. ada dalam 50 orang. trip kedua Jumaat minggu ni pula. Tujuan utama lecturer kitaorg bawa g situ bukan apa, untuk kebaikan kitaorg jugak...main focus dia adalah kepada LAW LIBRARY. wah...byk giler buku, aku merasakan diri aku seperti seorang PEGUAM pula...eh bukan, PENDAKWARAYA....hahaha alangkah bagusnya kalau aku dapat ke situ tiap2 hari, wat assignment dan cari bahan rujukan kat perpustakaan tu..mesti Superb habis!! byk sangat maklumat nye. AMR nye lain..A.I.L.R , MLJ, CLJ, wah mmg byk...korang tahu tak ape benda yg aku cakap alphbt2 ni? tahu? tak? ha tak tahu cari sendiri....hahahha =D
lepas blajar teori Library processing dalam kelas, time g library ni la nak apply kan apa yg dah aku blaja tu..cara2 nak cari maklumat dan nak buat citation...pergh, ingat senang2 ke nak cari buku ni??? susah tau kalau tak de pengetahuan dalam bidang ni...mmg susah nak cari kalau tak tahu mcm mana nak cari..so agak senang la bagi aku yg dah ada ilmu dalam subjek ni..tapi agak terkial-kial jugak la menjajau cari buku dalam tu..jadi, jalan penyelesaiannya, tanya kepada org yg dah berpengalaman dalam bidang ni untuk berikan tunjuk ajar. senang cerita mmg ada yg sudi membantu. nama dia CIK YUSRINA BT. ABU BAKAR, Abg Shamir (student Law UIA) dan librarian2 yg lain. memang perpustakaan ni amat besar! 
ha, sambil menyelam, minum air..aku ni kalau dah terlanjur masuk library..tujuan utama adalah nak cari bahan rujukan untuk assgnment..hahaha, jumpa2. ALHAMDULILLAH. aku pergi lawatan ni. mula2 mmg rasa mcm tak nak pergi tau, tapi member aku si Anis , Marzita, Su Lala halang aku daripada menggugurkan nama dalam list peserta lawatan tu... Anis Hananai tu lagi la..sampai tggu aku naik rumah baru dia tinggalkan bilik kuliah, dgn harapan aku tak g jumpa Sir Farid untuk tarik diri dari lawatan.terima kasih ye sahabat =) 

inilah muka2 student Foundation in Law UiTM Kuantan yg ikut trip ke IIUM
Nak dijadikan cerita lagi yg membuatkan aku penat membasuh baju hari ni adalah kerana esoknya selepas balik dari lawatan ke IIUM, aku g pula Campus Day Out UiTM Kuantan kat pantai balok.main tarik tali, bola pantai dan macam2 la....dak2 ni main, aku main air n tarik tali je...hahahaha =D. dah nama pn pantai, of course la kotor segala pakaian aku...berpasir sana sini...muka pn ikut sunburn sekali....mata masuk pasir, dengan aku2 skali termakan pasir....wawawawawa....tak pe2...aku tak happy sebenarnya. tapi bila tengok kawan2 aku happy, aku pn happy la...lagi2 dak2 group aku....LAW B. diorang gembira, aku ikut gembira....hahahaha..gembira tak aku? =D jawapannya GEMBIRA =D bak kata Aliff a.k.a Desktop, aku ni mengabdikan diri di tepi pantai... CEh..! hahahha...memamg aku pakai purdah kejapkan, bukan pe, time tu sb nak prevent mulut aku daripada di masuki pasir..! hahahahaha.. =D at last, group aku LAW B dapat tempat kedua dalam game sukan keseluruhan...tahniah! =)

jadi, konklusinya....hari ni aku mmg penat basuh baju2 yang berpasir2 itu...hahahaha masa basuh baju, Syahid tepon nak wat discussion pasal assgnment yg kne antar 24 feb ni....pastu aku letak la kat atas (tingkap bilik air yg tiggi tu) pastu kan...... handphone aku leh plak termasuk dalam baldi...!! wahahahahha...mmg best kan aku jemur handphone dulu sebelum jemur kain...hahhaha N yg sengal! =P

aku sudahi dengan Wassalam....

BERGEMBIRALAH KAMU..TETAPI JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN. SESUNGGUHNYA, BERSEDERHANALAH DALAM SEGALA PERKARA.

(tapi berlebih-lebihanlah dalam mengerjakan amal kebajikan dan dalam mencari redha Allah Swt. )

Thursday, February 17, 2011

SAHABAT =)
dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha mengasihani....

sahabat,
suka duka kita kongsi bersama
dalam gelak dan tawa ada duka dan nestapa,
betapa bernilainya sebuah persahabatan.

sahabat,
tanpa engkau wahai sahabat,
aku tidak dapat mengenal siapakah diriku ini,
bila kau lemah aku datang menguatkan azammu,
dan pabila aku jatuh, pantas kau membangunkan aku,

sahabat, percayalah..
aku lebih menyayangi kamu dan menyintai kamu seperti aku menyayangi diriku sendiri,
kau adalah keutamaanku selepas apa yg aku utamakan terlebih dahulu,
aku terlalu berkira dengan diriku sendiri,
tapi aku tidak pernah berkira dengan seorang insan yang bernama sahabat.

lihatlah wahai sahabat,
aku melebihkan segalanya kepadamu melebihi kelebihan seorang insan yg bergelar kekasih di dalam hidupku,
adakah kau tahu kenapa aku berbuat sedemikian?
kerana aku percaya bahawa sahabat yg sejati tidak pernah meninggalkan sahabatnya yg lain,
walaupun jarak memisahkan,
namun hati tetap bertaut erat.

sahabat,
terkadang aku terasa dengan perbuatanmu,
terkadang jua kau terasa dengan segala yg terucap dari bibirku,
 semua itu adalah asam garam dalam persahabatan,
namun ianya tidak akan kekal lama.
kerna kita akan kembali tersenyum dan tertawa,
hidup ini lucukan?


sahabat,
mengira masa mencongak waktu,
masa amat terhad untuk kita terus bersama,
tuntutan tugas dan tanggungjawab yang tergalas di bahu,
ia memaksa perpisahan yang bakal menjauhkan kita,
tapi naluriku selalu dan tetap berkata yang kita tetap akan menjadi sahabat.

sahabat,
kelak engkaulah yg bakal mengiringi langkah terakhirku di dunia ini,
yang bakal memberi penghormatan terakhir bagiku,
meneruskan perjuanganku yang tidak sampai ke penghujungnya,

sahabat,
aku terlalu berharap agar zuriat kita kelak dapat menyambung ikatan silaturrahim yang suci ini,
agar ianya kekal ke alam yang abadi...
dengarkan dan bacalah ucapan terakhirku yang mengatakan
aku amat menyayangimu....

Terima Kasih wahai sahabat, 
daripadaku untuk seorang insan yang bernama sahabat.


KELAS YG MEMANG BEST..!! CIKGU YG AMAT SEMPOI.. 5N

kita semua tak lagi belajar di satu tempat kan??


semua bawa haluan masing-masing... =')

betapa sukarnya nilai persahabatan untuk diungkapkan..



Sunday, February 13, 2011

AKU NI~~~~~ APE LA....NTAH PAPE~~~~~

bismillaahirrahmaanirrahiim......

kepada sahabat2 yg di kasihi....apa khabar? harap korang berada di bawah lembayung rahmat dari ALLAH SWT. insyaALLAH.

dua hari lepas, aku g TAMAN TAMADUN ISLAM. biasala...dgn kawan2 lawatan kelab GLOBAL ISLAMIC ART. (GIA) alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. syukur sangat2. walaupun ada kesulitan, atas semangat kerjasama drpd sahabat2...alhamdulillah ianya dapat di atasi. syukur nikmat. harap maaf bg siapa yg tak dapat pergi...kami pilih dalam senarai ahli aktif bermula dari semester lepas sampai semester ni. (yg penuh kedatangannya dalam senarai aktiviti) mungkin ni bukan rezeki korang..insyaALLAH lain kali mungkin ada tu rezeki untuk korang.

SESUNGGUHNYA KESABARAN ITU BUKAN SESUATU YANG MUDAH, TETAPI IA MEMPUNYAI MADU YANG TERSENDIRI....MAKA BERTAKWA DAN BERTAWAKKALLAH KEPADA ALLAH SWT, SESUNGGUHNYA DIA BERSAMA GOLONGAN YANG BERSABAR DALAM MENGERJAKAN IBADAH. =)

serius..! aku happy sangat2. walaupun mood aku hari ni agak berkecelaruan..tapi aku cuba buat2 tak celaru...kadang2 rasa mcm tak sihat, tapi aku buat2 sihat. mmg la exspression aku inconsistant kn?  hahaha...dapat di kesan melalui MICROEXSPRESSION. huhuhuhu... when someone asked me.. ( she's friend of mine)
"aini....kenapa?"
"hah...?" aku wat2 terkejut
"ok tak?" Sufi Sepat@zetty tanya.
"xde pape. ok je...~~~" aku wat2 happy
"you look pale...?"
"no i'm not... i look red ok? hahaha.." sambil bersandar tepi pintu.

mentang2 aku pakai t-shirt merah ms tuh..saje LB plak.
memang sakit hati sape yg cakap dengan aku ni...huhuhu...suka RED HERRING aku ni..hahaha =D

assignment mmg tak siap2 lagi. macam mana ni....ni mmg tahap kesabaran yg tak patut di contohi...hahaha..sabar untuk melambatkan kerja...hahahahah =D mmg baik aku ni ek?? hahaha. tadi aku g kampus padang lalang...wat diskusi dengan partner assgnmnt, Syahid. ok la...alhamdulillah. esok aku mmg kne siapkan BEL 313. sb due datenye 15 FEB. hahahhaa..mmg "pantas dan efisien" aku ni..!

sb aku agak celaru buat masa ni, jadi perasaan aku pn agak berbolak-balik. untuk tenangkan fikiran, aku g umah member aku....saje bual2 borak2 dgn diorang. Ta, Mi, & Na, . maf la ea kalau aku m'ggu. tapi aku dah janji dgn Anis nak datang umah, sb Anis kata aku dah lama tak dtg umah dia. Lala, chek minta maaf ea lau menyinggung perasaan Lala....chek tak sengaja pn nak cakap mcm tu..hajat nak main2. tapi.....minta maaf sgt2!

Ahamdulillah, dua event yg lepas dah selesai...keputusan pertandingan kain rentang sempena sambutan MAULIDURRASUL dah siap..dan dah diumumkan. aku tinggal nak gantung kain rentang ni kat kampus muslimat. dekat kampus muslimin dah siap dah. terima kasih bg sesiapa yg sudi beri kerjasama dalam aktiviti yg dianjurkan. =)

aku jenis orangnya mmg apa2 je....tak kisah, hati kering...i hv no feeling towards smthing and anything happen (to myself only).

huh. apa yg aku tulis ni???? aku pn mcm tak faham...serius aku tak de mood. mungkin pengaruh cuaca kot? hahahaha... =D  merepek je. sekian..mohon maaf.

" RABBANA LA~ TUZIQH QULU~BANA, BA'DA IZD HADAITANA, WAHABLANA MILLADUNKARAHMAH, INNAKA ANTALWAHHAB..." 

credit to: Amin jaafar. this pic is from his album. 12 February 2010. Taman Tamadun Islam, Terengganu.


tetapkanlah hatiku di jalan-MU, ya ALLAH...


Saturday, February 5, 2011

BERITA  TERKINI....! hehehehehhe  =D


bismillaahirrahmaanirrahiim.....

telebih  dahulu  aku  ucapkan selamat  masuk  ke  bulan  februari.  nampaknya..tak lama  lagi  umur aku  semakin meningkat la ek...huhuhuu. kena  lebih  matang  la  aku  lepas  ni  kan..


sepatutnya, tahun baru  china  ni mmg cuti.  tapi  aku  sekali lg  tidak mencutikan  diri  untuk pulang  ke kampung halaman...bak  kata Pak  Din,  aku  tak  balik  kampung setiap kali  cuti sebab aku  ni  curi ayam org  kampung!
hahahahaha...=D adakah  benar ini  semua? aku  da puas  da idup  dgn ayam  masa  kecik2  dulu...sb  ayah aku dulu  ada  bela  ayam  sendiri.  honestly...aku  cakap, masa tu..kita  org mmg  tak payah  beli ayam pun..sumenye sembelih  sendiri . jimat  pn  jimat, yakin dan  di  jamin HALAL.  tanpa  shubhah. patut  la masa  kecik2  dulu aku  bijak  dan  lebih  cerdik  drpd  sekarang...hahahaha.

KAMIL  DAN  ISTERI~~~  mcm  ni la aku bygkan..huhuhu
kenduri  kahwin...ataupun  kita  kenali  dgn  nama, walimahtul  urus. ha , nak  dijadikan  cerita sepupu  aku berwalimah hari  ni.  tapi aku  tak  balik. so  masing2  pakat la  tanya aku  mana.." Acu mana?  Acu mana?"  lg2  anak2  sedara aku. haa...mmg la mak dan kakak aku  jawab  aku  berada  di kampus kn?  huhuhhu..apa2 pn aku mmg  terharu sebab diorang ingat kat  aku  ek?? hahahahah..best2..! suke3.

Biasa la, alasan aku  tak balik kali  ni kenapa..sama je dgn alasan cuti sem lepas.nak JIMAT. hahahahaha.
lagi best, laptop aku  wat hal pulak time2  byk assgnment kena  langsaikan ni.mcm mana la ek...lagi sekali masuk hospital  bg komputer2 la....sume  doc.aku simpan dalam hard disk dalam tu...aiseh....sabar2.masib  baik aku leh pinjam laptop  Hannan jap....gilir2  ar  guna. TERIMA KASIH HANNAN.  ni pn post  baru aku  wat  kat laptop Wajihah. mmg baik  sahabat2 aku  ni kan???  untung  tak aku??  untung  sgt2.  ALHAMDULILLAH.

AKU REDHA, AKU  TAHU  BAHAWA INI  SEMUA DUGAAN  DARIPADA  YANG  MAHA ESA.

Kepada sahabat  tersayang,,, Suhaizi,  Fadzli,  dan  Syafiq....terima  kasih  byk2  dan  syukran3...sgt2 sb  sudi  datang  wat discussion  PSYCHOLOGY dgn  aku dan hannan kat kampus aritu. biar  sikit,  tapi  melekat dalam kepala  otak.... hahahahah.kan3???  isnin ni  ade  test psycho kn? ready  ke  tidak  ni  ek...huhuhu...insyaALLAH  la...aku  study  tapi  sikit je.

hari  ni  lepas  jog petang tadi....AISYAH@lala...datang  umah aku.huhuhuhu bwa  rendang  dgn  nasi!  wow!  MARVELLOUS!
aku rase kalau lala tak dtg tadi, mmg aku takkn makan nasi kan tahun  ni....hehehehe. alasan aku  ape?sekali lagi benda  yg sama NAK JIMAT...hahahahaha.  ntah  pape ~~~~~  ke  nak  diet????hahahaha lagi la ntah  pape~~~! pastu  tadi  dapat  online  facebook...trus2  aku terkena  dgn  FENDI....peh, mmg terkebil  mata aku...shian  no.....dia  ek.hahahahah. takpe2...ada  ubi  ada  batas. tgok  nnt  apa  yang aku balas.   huhuhuhu.
pastu  giliran  aku  plak kne  kan dak2 yang  online...hahahaha. HANNAN  yg duk  tepi  aku  pn  leh  terkena....  perbuatan  yang  malicious daripada aku  hari  ni...teruk  ek..ape la aku  ni....

aku  ni  sebenarnya  nak cakap  pasal  benda lain  tau.  tapi  kenapa  aku  cakap  pasal benda lain  ek?
arghh...ape2  je la. ini  lah aku. kalau  boleh,  ilmu  yang  aku  dapat  spnjg pengajian dan kehidupan aku, boleh  la  korang  yang  baca  ni manfaatkan  juga  dalam kehidupan  seharian..mungkin  aku  tak kuat  untuk  berdakwah  secara  terang-terangan, tapi cukuplah  melalui  kata2  yg tercoret  dalam  blog  ni.  sebelum  aku  proceed lebih  jauh...harap korang  amik tahu dulu la ya...  lagi  satu aku  nak ingatkan,  tolong  PADAM  memori sejarah  yg kita  belajar zaman sekolah dulu...PALEOLITIK,  NEOLITIK,  MESOLITIK...tu semua  TAK  WUJUD! 

DALAM  AL-QURAN  HANYA  TERMAKTUB  ZAMAN  YG  BERDASARKAN KERANGKA   MASA PARA NABI  YANG  DI  UTUSKAN  KEPADA  SETIAP UMATNYA...

Lagi  satu.....ni  bulan  FEBRUARI  kan????  Jangan pernah  sekali  pun  korang  nak sibuk2 dan  gatal2  nak g sambut  HARI  VALENTINE...aku  nak  bgtahu.  HARAM hukumnya.  so,  ape2  yang  HARAM  itu  membawa kemurkaan  dan  reward  nye  adalah DOSA.

yang  baik  itu  datangnya  dari  ALLAH  SWT,  dan  apa2  yg  buruk   tu  adalah silap aku  sendiri,  kerana  aku  yg  menzahirkan  kelemahan  diri  ni....jadikan  tauladan  apa yg  baik...dan  yang  tak  baik  jadikan  sempadan,  tak pun  g  buang  jauh2.....  wassalam.

wallahu  'alam......