SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Wednesday, January 18, 2012

Bismillahirrahmaanirrahiim....

assalamualaikum sahabat2. rasanya dah lama blog aku ni meyepi daripada sebarang entry terbaru. kali ni rasanya baru ada kesempatan untuk updated. semoga kalian yang sedang membaca entry terbaru kali ni berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. amiin....

Dugaan dalam hidup,
yup memang banyak dugaan dalam kehidupan. nak tak nak kita tetap kena dan perlu serta wajib merempuhi halangan yang mendatang untuk memastikan kelangsungan hidup. tiada seorang manusia yang terlepas daripada dugaan pancaroba kehidupan dunia ni. barangsiapa yang merasakan dirinya tidak diuji dan disusahi oleh sesuatu...maka segeralah bermunajat memohon keampunan daripada Maha Pencipta. DIA menduga kita kerana DIA ingat pada kita, kewujudan kita sebagai hambanya. bayangkan kalau tiada dugaan...sepertinya DIA sengaja membiarkan kita sesat dalam arus kehidupan dunia. dan kita sentiasa merasakan apa yang kita lakukan itu betul bahkan hakikatnya salah! Dugaan itu adalah salah satu cara untuk kita dekat kepadaNYA...penghapus dosa seorang hamba. DIA menduga kerana rindu akan rintihan suara seorang hamba kepada penciptanya. rintihan yang ingin didengar setiap masa dan ketika.

Seperti aku, aku seringkali kalah, mengeluh....kadang2 menyesali kehadiran di dunia ini. Astaghfirullahaladzim...

 Namun aku bersyukur.....DIA memberikan aku sahabat2 yang amat mengerti dan memahami...sentiasa memberi dorongan dan bimbingan....walau kadangkala kumerasakan aku tidak layak untuk menjadi kawan mereka walaupun mereka bersangka sebaliknya, bahawa merekalah yang tidak layak untuk berkawan dengan orang seperti aku yang luarannya dikatakan alim dan hebat??? benarkah wahai sahabat2? sesungguhnya sangkaan kalian meleset sama sekali. mungkin aku lebih teruk daripada kalian. Sungguh aku akui, aku lemah tanpa kalian. Semangat dan kekuatan yang ada pada diriku adalah kuratib daripada kalian dengan izin ALLAH SWT..... ingatlah, aku amat rindu pada kalian...mungkin kalian tidak mengerti perasaan aku.. aku dahagakan persahabatan yang murni..berlandaskan ikhlas kerana ALLAH SWT semata-mata. Duhai kawan yang bergelar sahabat... lihatlah pena ini...bacalah, dan ketahuilah...aku merindui kalian, gelak tawa kalian..amiin doa daripada kalian tika kita solat berjemaah...ciuman dan hangatnya jabat tangan kalian...pelukan yang mengeratkan lagi silaturrahim kita. Sungguh, aku kalah dengan perasaan ini. ketahuilah aku mencintai kalian.... titisan airmata ini adalah titisan airmata kerinduan terhadap kamu semua..

UKHWAH 'Till JANNAH........InsyaALLAH... :')



*p/s: lagu baru tukar!! haha...nak korang gembira dengar lagu ni. Favourite aku ni. klasik gila!! =D jgn sedih2 k .... ;)