SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Sunday, February 27, 2011

MISI PENDAKIAN BUKIT PELINDUNG, KUANTAN PAHANG.

BUKIT PELINDUNG, KUANTAN
Bismilla~hirrahma~nirrahi~m...
Alhamdulillah, terlebih dahulu aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH 'azza wajalla..kerana memberikan aku kesempatan untuk duduk di hadapan laptop ni dan mencoretkan rutin harian aku untuk dikongsikan bersama-sama sahabat2 sekalian.. =) ucapkanlah, Alhamdulillah.... 
Hari ni aku rasa amat bertuah, amat beruntung, amat gembira, dan amat terhibur. bukan kerana aku saja2 pergi berhibur dan berlibur ke sana ke mari. Tapi pengalaman yang aku dapat pada hari ni. Walaupun tubuh ini mengadu kepenatan dan keletihan, namun naluri hati yang di ilhamkan oleh ALLAH SWT untuk mengikut rakan dan Ummi ke bukit pelindung dan keinginan yang dah lama tertanam untuk mendaki bukit itu, membuatkan aku berasa sedemikian.

mengimbas kembali rutin 2-3 hari lepas:
"buat CDO kat pantai balok."
"mmg panas..sunburn muka ni"
"jom main bola baling n tarik tali."
" ni balik mesti penat sgt2 kn?"
"itu sudah semestinya"

"Ya Allah, byknye kerja nak kne buat ni,mmg aku tak tdo la malam ni."
"mmg kita tak boleh tido pun,sumenye kne hantar esok."
"kalau ikutkan hati, nak je aku hantar yg salah2 ni..tak payah edit2, wat penat je."
"mane boleh mcm tu weyh..carry mark tu,belum tentu exam dapat markah penuh."
"emm...yela2."

lepas diarahkan oleh tuan president kelab:

"esok pagi kita g teluk chempedak tau, bas pukul 8."
"ada quranic group ke?"
"ada2. Jee dah post kat wall group dalam Fb. ajak ramai2 tau"
"haa..yela2, kalau budak2 ni bangun la ye esok pagi."

"eh, petang ni ada meeting tau"
"hah! ok2..pukul berapa?"
"lepas habis quranic group kat padang lalang"
"oh..ok2"

"bukan ke kita kne attend ceramah kat UIA petang ni?"
"haa..yela.jom2."
"eh, cepat2 nnt kitaorg tertinggal bas la."
"ok2. jap lg habis."
lepas sampai kampus:
"da nak dekat asar ni, solat dulu ea?"
"ok2, solat dulu..."
"alamak korang.....bas da jalan da!"
"aini leh tolong callkan van polisas tak?"
"ok2...zetty dah callkan.."

ring..ring..ring...

"aini bangun, hari ni jdi nk g bukit pelindung, Ummi  da on the way."
"hah..?ok2"
ya ALLAH penatnya...mcm malas je nak pergi...
zassss........! cepat pantas dan efisyen...trus siap.

alhamdulillah....kalau ada yang kata mereka sibuk, aku pun sibuk juga...tapi mungkin cara pembahagian masa itu berbeza, kalau ada yang kata dia kena ikut jadual, serius aku cakap: " aku tak de jadual yang tetap untuk rutin harian,apa yag aku letakkan tiap2 hari adalah matlamat apa yang aku nak buat pada hari itu". kalau ada yang kata dia penat, sama je. aku pun penat juga. tapi mungkin kesempatan ini ALLAH berikan pada aku walaupun dalam kesempitan masa ada kelapangan untuk melihat kuasa ciptaan-Nya. Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang dah dikejutkan tapi tak bangun tu memang rugilah. individu2 yang menyertai rehlah kali ini terdiri daripada jawatankuasa program, pelajar2 daripada UIA, UiTM,UMP,IKIP dan pelajar lepasan SPM. Bagi kami, koncu2 daripada UiTM ialah, aku sendiri, Nur ashikin dan Raudhah Ramlan.

NI TEMPAT KITAORG BERKUMPUL SEBELUM NAIK


sambil menunggu sahabat2 yang lain sampai, kami sarapan,(makan sandwich: sedap tau..! tapi sampai TC baru aku makan  =D )  buat regangan, mendengar taklimat daripada pengarah program dan, apalagi...naik la! =D yeeehhaaaa...! semuanya ada 4 perhentian. yang kat atas ni, permulaan...kat atas bukit ada lagi dua check point, dan yang terakhir sekali akan berakhir di Teluk Chempedak. sebab kami turun di sana. di setiap perhentian ada pengisian dan ilmu yang dikongsikan bersama.

gambar2 ini menggambarkan sedikit sebanyak suasana di Bukit Pelindung. 




NI SALAH SATU JALAN YANG KAMI LALU
Subhanallah....tinggi juga bukit ni, agak semput la naik. nasib baik dah 'build stamina' tiap2 petang sebelum ni..(jogging) jadinya alhamdulillah tak ada masalah. ada juga di antara sahabat2 yang naik tu  macam dah nak putus asa, tapi berbekalkan semangat dan dorongan sahabat2 yang lain dan naluri yang bersungguh-sungguh kerana Allah swt. dia berjaya sampai ke TC. alhamdulillah. Ni baru dugaan naik bukit, dah rasa macan nak pitam dan sebagainya. yang aku nak beritahu kat sini adalah, ini salah satu cara pentarbiyyahan diri. kuat tak kita nak harungi beban yg seberat ini..beban tu adalah tubuh kita sendiri yakni tanggungjawab yang kita pikul dan tarikan graviti yang ada pada bumi ni yang seperti menarik kita untuk ke permukaan kerak bumi itu adalah seperti dugaan dan cabaran yang bakal kita hadapi ataupun yang memang ada dalam kehidupan sehari-harian kita. Alhamdulillah, semuanya berjaya naik dan sampai ke penghujungnya. Tahniah wahai sahabat2ku! all of you are amazing!
KAMI TURUN DARI BUKIT TU KAT AREA2 TITIAN NI


KAMI BERKUMPUL DI TEPI PANTAI TU


Alhamdulillah..kami sempat sampai dalam masa 2 jam (tak sampai rasanya) apa2 pun, ini adalah salah satu cara untuk melahirkan insan yg bergelar khairu syabab! =) bukan hanya sihat dari segi mentalnya, tapi juga fizikalnya..bila melihat ciptaan dan  kebesaranNya, hati ini terdetik dan mengatakan bertapa kerdilnya diri ini di sisi ALLAH SWT. mudah dan kadang kala cepat berputus asa. namun, diri ini cuba memikirkan kembali, dugaan yang aku lalui tidaklah sehebat dugaan para nabi dan para sahabat yang terlebih dahulu memperjuangkan agama ALLAH SWT. Rasululllah saw adalah contoh terbaik yang mesti dicontohi. dia tidak pernah sesekali mengeluh dan berputus asa dalam berdakwah terhadap masyarakat jahiliyyah di tanah arab. dugaannya lebih besar daripada bukit yang aku daki ini. betapa beratnya tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ALLAH SWT.

 rentetan daripada itu, aku masih teringat apa yang dikatakan oleh daie yang menyampaikan tazkirah bahawa gunung-gananag ini nescaya akan pecah sekiranya tanggungjawab sebagai khalifah ini diturunkan kepadanya. dan kalau aku tak silap aku pernah terbaca dalam Al-Quran yang mengatakan bahawa, akan hancur sekiranya Al-Quran ini turun kepadanya (gunung2 dan bukit2)...kerana di dalamnya terkandung tugas2 yang perlu dilaksanakan oleh makhluk yang bergelar insan(khalifah) di atas muka bumi ini. Lalu aku bertanya lagi kepada diri ini, adakah aku sudah melaksanakan tanggungjawab itu? mampukah aku? layakkah aku? mampu atau tidak, layak atau tidak itu bukan persoalannya..kerana ALLAH SWT itu menduga seseorang hambaNya berdasarkan kemampuan seseorang individu itu sendiri...layak atau tidak? ilmu itu perlu terus dicari dan dicari...bertambah dan menambah...mengamal dan beramal....jadi tak perlu tunggu sempurna baru nak sebarkan kebaikan.

 ada seorang sahabat yang berkongsi ungkapan daripada seorang ulama' yg berbunyi: " Berbuat baik dan ajaklah orang lain..." bukannya dia berkata bebuat baik, KEMUDIAN ajaklah orang lain.yang tertulis adalah DAN. kalau kita belajar bahasa melayu dengan betul, 'dan' bermaksud bersama-sama, disekalikan, diiringi. jadi, sambil2 kita memperbaiki diri, kita ajaklah orang lain berbuat kebaikan juga, ye tak? kalau nak tunggu semua sempurna dahulu, alamatnya tak ada siapa yang akn menyampaikan dan menebarkan kebaikan di atas muka bumi ini...ye la, masing2 tidak sempurna lagi...kita kena ingat yang fitrah manusia ni tidak pernah puas dengan apa ynag ada pada diri. nak berlumba-lumba dengan orang lain. jadi agak2 sampai bila tu nak tunggu diri ni puas dalam mencari kesempurnaan?? 

 kita rasa tak pandai nak berkata-kata, nak tegur kesalahan seseorang..ye2, itu adalah kelemahan diri kita. tegur salah, nanti kena marah kena ngata, benda yang akan pasti terpacul pada mulut orang yang ditegur adalah  berbunyi begini " ceh.., macam la kau tu baik sangat! suka hati aku la kan nak wat apa. kubur masing2" pernah aku tanya pada ayah aku, macam mana kalau orang yang kita tegur tu cakap mcm ni? ayah aku cakap macam ni.: cakap je kat dia " Ooo..kubur masing2 ye, mana tahu takdir Allah kubur kau sebelah kubur aku? macam mana aku nak rehat kalau kau dekat dalam tu asyik bising je. tak senang lena aku nanti tahu tak?" hahahaha... =D serius aku tergelak lepas aku dengar ayah cakap macam tu. tapi ayah ada pesan, tegur seseorang dengan berhikmah, bukan makian atau cacian yang membuatkan seseorang itu rasa marah dan terasa hati. jadi macam mana pula kalau kita tak tegur? rasa bersalah jugakan? bersalah pada siapa? ha..fikir sendiri. nanti dekat akhirat kena tanya " kau nampak kemungkaran berlaku dihadapan matamu, tapi kenapa tak cuba tegah?" haaa.....apa nak jawab??? mencegah kemungkaran ada tiga cara: dengan tangan (perbuatan), dengan lidah (lisan/teguran/peringatan) dan dengan hati, sesungguhnya itu adalah selemah2 iman.... tengok, kita sekadar membenci perbuatan mungkar yang berlaku di hadapan mata kita, betapa lemahnya iman kita kan? astaghfirullahhal'azim...

justeru, sambil2 kita menebarkan kebaikan kepada insan lain, mari kita perbaiki akhlak diri. menegur melalui perbuatan itu lebih berkesan dengan melalui lisan. kita lihat sirah Rasulullah saw. ramai yang tertarik dengan akhlak baginda..Orang2 musyrikin mekah jua turut mengagumi akhlak baginda sehingga digelar Al-Amin..di antara mereka yang memeluk agama Islam adalah di sebabkan oleh akhlak Rasulullah saw itu sendiri...jadi, mari kita ikut contoh baginda...supaya senang untuk kita menyebarkan kebaikan di muka bumi ini tanpa sebarang permusuhan dengan insan2 lain. 

Wallahu'alam...

"SENYUMAN ITU ADALAH SEDEKAH, KERANA IA MAMPU MEMBUATKAN SESEORANG ITU MERASA DIRINYA DIHARGAI DAN DIHORMATI SECARA TIDAK LANGSUNG, DAPAT MENGHIBURKAN, MENGGEMBIRAKAN DAN MENENANGKAN HATI  ORANG LAIN. SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH YANG PALING MUDAH DAN IA BAKAL MENJADI BEKALAN AMAL JARIAH KELAK."


Senyumlah dengan penuh keikhlasan

Senyum  bertujuan untuk kebaikan, bukan saja2 nak menggatal pula ye

Senyum mengeratkan tali persahabatan

Senyum itu boleh jadi petua awet muda tau

*terpulanglah pada korang nak senyum dgn ekspresi muka yang macam mana...aku tak dapat nak ekspresikan di sini bagaimana....tak kisah la..as long as you smile =)

No comments:

Post a Comment