SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Thursday, March 3, 2011

Examination Week.! Final >_<


assalamualaikum,


dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


apa khabar sume? apa khabar iman dalam diri? aku sendiri segalanya tak berapa sihat baik rohaniah mahupun batiniah. mental dah melayang entah ke mana, exam punya pasal tension bagai nak rak. tapi apa je sebenarnya? tak ada apa pun. serius diri ni tak stabil sekarang. dalam pada masa nak study tu la fikiran aku terbang melayang-layang. tiba2 rasa macam putus semangat. patah hati. kecewa. sedih. duka. macam-macam la. 
lagi satu perasaan pelik yang tiba2 muncul adalah, AKU NAK KAHWIN la...macam serius bunyinya, tapi fikir2 balik, argh..ngarut je.  dalam usia semuda aku ni layak ke untuk aku berkata-kata tentang soal kahwin untuk diri sendiri. pengalaman dan pengetahuan aku masih cetek ada hati... berangan nak wujudkan BAITUL MUSLIM. mahu lingkup nanti..ntah jadi baitul apa lah pulak. kahwin bukan perkara mudah, banyak tanggungjawab kena laksanakan. tapi tak tahu pulak...rasa memang macam tu. argh, biasala...kepala otak tengah serabut. setan pun makin banyak menghasut.
dan mulalah aku berdrama dengan kawan-kawan yang ada dalam rumah ni, entah cerita hang tuah dan hang jebat mana yang keluar aku pun tak tahu, orang guna keris ke pedang ke, ni aku guna SUDU je?? apa cerita ni? siapa pengarahnya? sengal betul >_<  (akulah pengarahnya, sebab aku yang mula dulu)  dah lepas makan roti, minum air, aku bernyanyi-nyanyian pulak dekat balkoni dapur. rock n roll tau jangan main-main. wawawaaa.. hujan lebat kat kuantan ni. Sesat dalam rindu, umpama mimpi dalam mimpi, sufi...aku jadi tenang pulak dengar lagu2 ni. tapi AKU TETAP TAK BOLEH NAK STUDY.... apa kena la ek aku ni? jangan contohi. tak baik .
bila esok nak jawab paper, senang je jawapan aku. jawab je la apa yang terlekat dalam kepala otak masa kuliah hari tu. nak revise n read note2 tu balik makin wat aku pening dan lupe ape yang aku dah belajar. simptom2 yang amat tak boleh blah dalam diri aku adalah aku tak boleh sejuk sangat (maksud aku temperature dalam rumah/bilik..kat kampus aku ni) tak boleh tidur malam, insomnia...dan yang paling teruk, AKU TAK BOLEH STUDY BILA AKU TENGOK ORANG LAIN STUDY! its really made my self-esteem decreases. dari 100*C kepada tahap -100*C. hahaha, (hiperbole je tu...)  memang terlalu bijak dan cerdas otak aku ni. amiin... =) (innuendo betul..!)
hish, ntah pape~~~~ la aku ni. aku rasa ini je lah yang dapat aku coretkan setakat ni. konklusinya, aku akan berNIKAH tak lama lagi....hehehe (maksud aku, lepas aku da jadi PP, 9tahun akan datang...!) ^_^

Wassalam
(p/s: doakan aku kembali normal seperti sediakala = |  )

No comments:

Post a Comment