SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Wednesday, February 23, 2011

ALHAMDULILLAH, AKU DAH DEWASA!!


Bismilla~hirrahma~nirrahi~m.......


terlebih dahulu aku panjatkan penuh kesyukuran terhadap kurniaan Allah SWT yg masih memberikan kesempatan bagi aku untuk mencoretkan apa yg aku rasa dan apa yg berlaku hari ini. terima kasih Ya ALLAH kerana Kau masih meminjamkan nyawa dan memberi kesempatan untuk aku menyambut ulang tahun ku kali ini dengan suasana yg meriah dan tenang.

assignment yang datang berlambak-lambak, pulak tu kena hantar pada tarikh lahir aku, mmg rasa mcm tertekan sangat2. tapi aku percaya, yg DIA tak kn menduga seseorang hambaNya itu melebihi tahap kemampuan seseorang itu. jadi, aku cuba tabahkan diri..walaupun byk konflik yg berlaku antara lecturer dan nota yg kitaorg dapat, kerja mesti diteruskan. walaupun pembetulan pada assgnment byk kali aku buat, bukan setakat aku je, tapi rakan2 yg lain. boleh kata diorang naik "fade up" jugak la, nak je hantar yang salah2 tu. tapi kerana fikirkan markah, carry mark kiteorg, terpaksa la bersengkang mata, berhempas pulas nak menghabiskannya. 

Hasilnya? Alhamdulillah memuaskan. dan aku puas hati dan gembira dgn kerja yg aku buat dgn partner assgnment aku, yakni Syahid. (birthday kiteorg sama tau) hahahaha....gembira tak terkata. esok tinggal hantar je. ni la kali pertama aku rasa puas dengan hasil kerja aku. (walaupun aku tahu, bukan baik sgt pn assgnment yg aku buat tu. erk!!)

kepada sahabat2 yang sudi meluangkan masa untuk ucapkan selamat hari lahir pada aku, aku nak ucapkan byk2 terima kasih pada korang sume.terutamanya, housemate aku A208 dan budak2 LAW B, GIA, Ex-housemate A305, TIGS crew Batch 2009, dll. aku sayang korang lebih...! =) nasib baik aku ni single but not available, lau tak, kekasih aku tu pn aku tak syg mcm mana aku sayang kat korang wahai sahabat! (mmg malang sape yg nak bercinta dgn aku ni...hahahah)

Mak, adik besar... terima kasih mak sb lahirkan adik... Ayah, nampak tak adik dah makin matang dan tahu urus diri, adik pandai berjimat macam ayah, mungkin lebih jimat daripada ayah..ayah tahu tak? (sampaikan makan untuk diri sendiri pn adik berkira..hehe) adik tahu..ayah mesti nampak =) along,angah,alang,kek ja,kak na,abg dik....adik korang ni dah besar tau...so plz treat me as an adult...i'm not a child anymore... =)
abg yun dgn abg kili....jga ayah ye. insyaAllah kita akn bertemu satu hari nanti..adik rindu sgt..! =')

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MENSYUKURI KURNIAANMU YANG AMAT TIDAK TERHINGGA INI, SUNGGUH TIDAKKU MENYANGKA YANG AKU MAMPU MELIHAT ALAM CIPTAANMU INI SEHINGGA KINI, TELAH BANYAK IHSAN YANG KAU BERIKAN KEPADAKU YA ALLAH PEMILIK SEKALIAN ALAM DAN APA YANG ADA DILANGIT SERTA DI BUMI... KAU PERMUDAHKAN SEGALA YANG SUSAH , KAU LAPANGKAN SEGALA YANG SEMPIT, KAU MAKBULKAN APA YANG TERHALANG, DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU, KEDUA-DUA IBU BAPAKU, SAHABAT-SAHABATKU, SERTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..
 SESUNGGUHNYA KAULAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG DARIPADA SEGALA APA YANG PENGASIH DAN PENYAYANG.

surah Al-Baqarah 2:29
" Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment