SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Thursday, February 17, 2011

SAHABAT =)
dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha mengasihani....

sahabat,
suka duka kita kongsi bersama
dalam gelak dan tawa ada duka dan nestapa,
betapa bernilainya sebuah persahabatan.

sahabat,
tanpa engkau wahai sahabat,
aku tidak dapat mengenal siapakah diriku ini,
bila kau lemah aku datang menguatkan azammu,
dan pabila aku jatuh, pantas kau membangunkan aku,

sahabat, percayalah..
aku lebih menyayangi kamu dan menyintai kamu seperti aku menyayangi diriku sendiri,
kau adalah keutamaanku selepas apa yg aku utamakan terlebih dahulu,
aku terlalu berkira dengan diriku sendiri,
tapi aku tidak pernah berkira dengan seorang insan yang bernama sahabat.

lihatlah wahai sahabat,
aku melebihkan segalanya kepadamu melebihi kelebihan seorang insan yg bergelar kekasih di dalam hidupku,
adakah kau tahu kenapa aku berbuat sedemikian?
kerana aku percaya bahawa sahabat yg sejati tidak pernah meninggalkan sahabatnya yg lain,
walaupun jarak memisahkan,
namun hati tetap bertaut erat.

sahabat,
terkadang aku terasa dengan perbuatanmu,
terkadang jua kau terasa dengan segala yg terucap dari bibirku,
 semua itu adalah asam garam dalam persahabatan,
namun ianya tidak akan kekal lama.
kerna kita akan kembali tersenyum dan tertawa,
hidup ini lucukan?


sahabat,
mengira masa mencongak waktu,
masa amat terhad untuk kita terus bersama,
tuntutan tugas dan tanggungjawab yang tergalas di bahu,
ia memaksa perpisahan yang bakal menjauhkan kita,
tapi naluriku selalu dan tetap berkata yang kita tetap akan menjadi sahabat.

sahabat,
kelak engkaulah yg bakal mengiringi langkah terakhirku di dunia ini,
yang bakal memberi penghormatan terakhir bagiku,
meneruskan perjuanganku yang tidak sampai ke penghujungnya,

sahabat,
aku terlalu berharap agar zuriat kita kelak dapat menyambung ikatan silaturrahim yang suci ini,
agar ianya kekal ke alam yang abadi...
dengarkan dan bacalah ucapan terakhirku yang mengatakan
aku amat menyayangimu....

Terima Kasih wahai sahabat, 
daripadaku untuk seorang insan yang bernama sahabat.


KELAS YG MEMANG BEST..!! CIKGU YG AMAT SEMPOI.. 5N

kita semua tak lagi belajar di satu tempat kan??


semua bawa haluan masing-masing... =')

betapa sukarnya nilai persahabatan untuk diungkapkan..



2 comments:

  1. hmmm... terharu nyer :')
    dirimu juga x kan ku lupakan.... ^^

    ReplyDelete
  2. aku berharap semoga apa yg kau ungkapkan itu adalah satu kenyataan dan bukannya khayalan semata-mata, syukran =)

    ReplyDelete