SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Thursday, August 11, 2011




SETELAH LAMA .... KINI AKU KEMBALI.


Segala puji dan puja kupanjatkan ke hadrat ILLAHI...selawat dan salam ke atas rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. tidak juga kulupa para anbia , para sahabat as-solihin serta muslimin dan muslimat sekalian.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sudah sekian lama aku mencari-cari kembali kekuatan diri,
sayang, yang di mana kucari itu semakin menjauh pergi.
mengapa? mengapa?
ke mari...dekatlah..datanglah kepadaku.
aku seru akan dirinya untuk kembali.
namun seruanku hanya sia-sia belaka..
dia semakin berlari meninggalkan diriku....

Kepergian dirinya seperti berpesan kepadaku sesuatu,
senyuman sinis yg dilemparkan amat menyakitkan diri,
seperti khilaf menggunung berada di pundakku,
meruntun jiwa dan menjemput hiba.
aku kalah dan aku resah
katanya dia tidak layak untuk berada di sisiku, kerana katanya aku tidak layak memiliki dirinya
dia kata aku berubah, dia kata aku menjadi lemah.
pernahkah dirinya berfikir mengapa dan kenapa?

"ah, persetan dengan kata-katamu itu!"
Lalu kusalahkan dirinya yg selama ini berdiri teguh menjadi perisaiku,
lalu kubiarkan dia pergi..pergi menjauh dari sisi
"pergilah ke mana sukamu!
pergilah ke mana mahumu!"

Bodoh. hina dan dina.
ya, bodoh!
bodohnya diriku kerana membiarkan dia berlalu pergi.
tidak kuhalang dirinya dengan kata-kata yg menguatkan,
tidak kuhalang dirinya dengan nyanyian yg mengasyikkan.
tidak kupujuk dirinya dengan rayuan yg memanjakan.
aku kalah, aku lemah
dan
"ya...aku resah.
resahku kerana mencari di mana kewujudanmu."

"Aku punya kawan, aku punya teman,
ya, ini hartaku..!
namun sia-sia kerana aku tidak mempunyai dirimu.."
maka aku mohon...kembalilah.
kembali membina diriku,
kembali menjadikan aku yg dulu.
bosan dengan aliran sungai yang deras, namun seketika cuma,
bosan dengan luka yg tiada jelas nampaknya,
sakit.....teramat sakit.

Aku lenyapkan egoku,
aku tanamkan angkuhku.
aku mohon agar dia kembali buat kesekian kali.
jangan lagi pergi menjauhkan diri.
berpisah dengannya membuatkan aku MATI.
mati akal dan mati diri..
hilang punca dan arah tuju.
apa yg kurangka hilang bagai kabus yg ditiup bayu..
sia-sia belaka,
ya..sia-sia.

Ya ALLAH !
Ya Rahman, Ya Rahim,
aku panjatkan kesyukuran kepadaMu
aku bersyukur kerana menemukan semula aku dengannya
walau tidak kutahu kemana hilangnya ia selama aku tercari.
mencari SEMANGAT yg menguatkan diri, mencari IMAN perisai sakti.

ALLAHHU RABBI....
jangan sesekali pisahkan aku dengannya lagi,
kerna tidak tertanggung luka dihati..mengalir darah tiada terhenti.








Buat, sahabat yg membaca entry terbaru ni..jadikan pedoman sebagai panduan hidup. tiba-tiba aku tulis puisi ni. inilah apa yang aku mengerti selama hidup di muka bumi. Jangan sesekali minta terjadi, kerna amat bahaya kepada diri. Maan najah dlm menghadapi kehidupan sehari-hari. berkat ramadhan bulan yg suci. gandakan ibadah di dalam diri, boleh kita top-up balance pahala kita agar menjadi pemberat di Al-mizan kelak. *pesanan buat diri ini juga =) . terima kasih kerana beri sokongan kpd aku dan menjadi rakan setia membaca blog yg biasa2 ni.. aku sayang korang! =)



1 comment: