SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~

SUNNAH.....berterusan jadi amalan ~~
mulakan sesuatu dgn lafaz basmallah...semoga diberkati ALLAH SWT =)

Monday, May 30, 2011

CUTI, KERJA & PENGALAMAN


bismillahirrahmaanirrahiim....
terlebih dahulu aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ILLAHI kerana memberi aku kesempatan untuk mencoretkan kata-kata di sini. alhamdulillah...dengan post terbaru ini maka hampir tamat lah cuti semester aku yang ke dua. tugas selanjutnya adalah kembali ke kampus dan meneruskan kehidupan sebagai mahasiswi di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. chewah....! betul la apa salahnya kalau aku puji universiti sendiri kan?
alhamdulillah segala perancangan aku sebelum cuti sem hari tu berjalan dengan lancar. aku sempat merasa gaji selama dua bula berturut2, dan tempoh pekerjaan yang dirancangkan mencapai target dalam 2 bulan. alhamdulillah. 
bekerja di salah sebuah cawangan syarikat Giant, yakni Guardian Pharmacy, Health and Beauty Centre, banyak memberi aku pengalaman yg mengujakan...dapat mengenali karenah manusia ni dalam hal2 perbelanjaan, penjagaan kesihatan, kecantikan, dan paling tak tahan sekali adalah perangai mereka ketika berbelanja. susah juga kerja di bahagian perkhidmatan pelanggan ni. alhamdulillah aku dapat melakukan dengan baik walau terkadang aku jua melakukan kesilapan.
kerja masuk pukul 9 pagi pulang pada pukul 6.30 malam, untuk shif pagi, manakala pukul 1.30 petang dan pulang pada pukul 10.30 malam.
tugas yg diberikan kepada aku adalah cashier. tapi cashier bukan sekadar cashier, jd cashier kat sini semua kene tahu, bukan stakat free gift je kena ingat, modal, stock in , stock out..stock take lagi...promotion lagi dan yang paling utama adalah fungsi2 produk yang ada dalam kedai. kalau alat kecantikan tu pejam mata pun kita dah tahu. tapi kalau melibatkan ubat2an dan barangan penjagaan kesihatan...haa, yang ni kena hati2 silap penerangan, orang salah guna silap hari bulan kita kena SAMAN..! jadi, aku terpaksa dengan rela hati belajar semula dan kaji balik apa2 fungsi ubat2an dan vitamin2 yg ada. maknanya aku pun menjadi seperti pharmacist2 yg ada kat kedai ubat la., dah aku kembali pada ilmu asal yg aku blaja masa kat sekolah dulu, yakni ilmu sains walaupun sekarang aku tak mengarah ke aliran tu. kalau aku tahu aku akn kerja mcm ni, dalam hati aku dah mula berkata..,

" kalau aku terima tawaran diploma farmasi dan kesihatan dulu kan bagus....tak payah aku study balik benda2 ni, gaji pun mesti lagi lumayan dr posisi aku sekarang.."
" kan bagus kalau aku terima tawaran matrikulasi dulu, jadi kerja ni mmg sesuai la dgn aku, aliran sains dan memberi banyak pengalaman dalam bidang sains yg bakal aku teruskan..."

bila difikirkan semula, itu semua mainan jiwa yg tak konsisten...sekarang aku kena tetap pendirian dan teruskan apa yang dah ada depan mata. tak kisahlah dalam bidang apa jua sekalipun, sebab, dimana ada kemahuan di situ ada jalan....tapi apa yang penting pada aku, pengalaman byk mengajarkan aku erti kehidupan manusia dalam dunia ni. dalam byk2 kerja yang aku dah kerja, kerja ni la yang paling menghiburkan walaupun kepenatan yang byk dirasai. tapi biasa la...setiap kerja yang kita buat ada positif dan negatifnya. yang negatif tu biar la aku sendiri yang tahu. yang paling penting kita kena bersyukur kepada ALLAH kerana mengurniakan kita dengan sumber rezeki yang halal wassalam..

 ALHAMDULILLAH


Saturday, March 12, 2011

Aku Beli Pen Baharu..!


dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...


dah nak habis exam aku baru pergi beli pen tadi..bukan apa sebelum tu pun aku ada beli juga, tapi cuma sebatang je... hehehe, ni la pen tu :
LTC Ball Pen BG 828 S-FINE 
aku beli kat kedai alat tulis depan kampus, tak berapa depan, depan kampus tapi bangunan sebelah bagunan kedai depan kampus.  =)

M&G C0-OPEN
FASTER ball pen CX445
Gambar yang 4 batang pen ni aku beli dekat East Coast Mall , Kuantan dekat MBS bookstore.. pen FASTER 2 batang tu, ada tulisan jawi tau cantik sangat2. haha, pergi dengan member, Hannan. byk buku nota cantik2..aku terpesona..tapi aku tak beli pun..tak ada budget. =) Hannan beli buku nota ni ha :

Cantikkan? RM 6.80
saja-saja nak timbulkan isu hari ni...hehehe =) lepas exam psycho.

Thursday, March 3, 2011

Examination Week.! Final >_<


assalamualaikum,


dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


apa khabar sume? apa khabar iman dalam diri? aku sendiri segalanya tak berapa sihat baik rohaniah mahupun batiniah. mental dah melayang entah ke mana, exam punya pasal tension bagai nak rak. tapi apa je sebenarnya? tak ada apa pun. serius diri ni tak stabil sekarang. dalam pada masa nak study tu la fikiran aku terbang melayang-layang. tiba2 rasa macam putus semangat. patah hati. kecewa. sedih. duka. macam-macam la. 
lagi satu perasaan pelik yang tiba2 muncul adalah, AKU NAK KAHWIN la...macam serius bunyinya, tapi fikir2 balik, argh..ngarut je.  dalam usia semuda aku ni layak ke untuk aku berkata-kata tentang soal kahwin untuk diri sendiri. pengalaman dan pengetahuan aku masih cetek ada hati... berangan nak wujudkan BAITUL MUSLIM. mahu lingkup nanti..ntah jadi baitul apa lah pulak. kahwin bukan perkara mudah, banyak tanggungjawab kena laksanakan. tapi tak tahu pulak...rasa memang macam tu. argh, biasala...kepala otak tengah serabut. setan pun makin banyak menghasut.
dan mulalah aku berdrama dengan kawan-kawan yang ada dalam rumah ni, entah cerita hang tuah dan hang jebat mana yang keluar aku pun tak tahu, orang guna keris ke pedang ke, ni aku guna SUDU je?? apa cerita ni? siapa pengarahnya? sengal betul >_<  (akulah pengarahnya, sebab aku yang mula dulu)  dah lepas makan roti, minum air, aku bernyanyi-nyanyian pulak dekat balkoni dapur. rock n roll tau jangan main-main. wawawaaa.. hujan lebat kat kuantan ni. Sesat dalam rindu, umpama mimpi dalam mimpi, sufi...aku jadi tenang pulak dengar lagu2 ni. tapi AKU TETAP TAK BOLEH NAK STUDY.... apa kena la ek aku ni? jangan contohi. tak baik .
bila esok nak jawab paper, senang je jawapan aku. jawab je la apa yang terlekat dalam kepala otak masa kuliah hari tu. nak revise n read note2 tu balik makin wat aku pening dan lupe ape yang aku dah belajar. simptom2 yang amat tak boleh blah dalam diri aku adalah aku tak boleh sejuk sangat (maksud aku temperature dalam rumah/bilik..kat kampus aku ni) tak boleh tidur malam, insomnia...dan yang paling teruk, AKU TAK BOLEH STUDY BILA AKU TENGOK ORANG LAIN STUDY! its really made my self-esteem decreases. dari 100*C kepada tahap -100*C. hahaha, (hiperbole je tu...)  memang terlalu bijak dan cerdas otak aku ni. amiin... =) (innuendo betul..!)
hish, ntah pape~~~~ la aku ni. aku rasa ini je lah yang dapat aku coretkan setakat ni. konklusinya, aku akan berNIKAH tak lama lagi....hehehe (maksud aku, lepas aku da jadi PP, 9tahun akan datang...!) ^_^

Wassalam
(p/s: doakan aku kembali normal seperti sediakala = |  )

Sunday, February 27, 2011

MISI PENDAKIAN BUKIT PELINDUNG, KUANTAN PAHANG.

BUKIT PELINDUNG, KUANTAN
Bismilla~hirrahma~nirrahi~m...
Alhamdulillah, terlebih dahulu aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH 'azza wajalla..kerana memberikan aku kesempatan untuk duduk di hadapan laptop ni dan mencoretkan rutin harian aku untuk dikongsikan bersama-sama sahabat2 sekalian.. =) ucapkanlah, Alhamdulillah.... 
Hari ni aku rasa amat bertuah, amat beruntung, amat gembira, dan amat terhibur. bukan kerana aku saja2 pergi berhibur dan berlibur ke sana ke mari. Tapi pengalaman yang aku dapat pada hari ni. Walaupun tubuh ini mengadu kepenatan dan keletihan, namun naluri hati yang di ilhamkan oleh ALLAH SWT untuk mengikut rakan dan Ummi ke bukit pelindung dan keinginan yang dah lama tertanam untuk mendaki bukit itu, membuatkan aku berasa sedemikian.

mengimbas kembali rutin 2-3 hari lepas:
"buat CDO kat pantai balok."
"mmg panas..sunburn muka ni"
"jom main bola baling n tarik tali."
" ni balik mesti penat sgt2 kn?"
"itu sudah semestinya"

"Ya Allah, byknye kerja nak kne buat ni,mmg aku tak tdo la malam ni."
"mmg kita tak boleh tido pun,sumenye kne hantar esok."
"kalau ikutkan hati, nak je aku hantar yg salah2 ni..tak payah edit2, wat penat je."
"mane boleh mcm tu weyh..carry mark tu,belum tentu exam dapat markah penuh."
"emm...yela2."

lepas diarahkan oleh tuan president kelab:

"esok pagi kita g teluk chempedak tau, bas pukul 8."
"ada quranic group ke?"
"ada2. Jee dah post kat wall group dalam Fb. ajak ramai2 tau"
"haa..yela2, kalau budak2 ni bangun la ye esok pagi."

"eh, petang ni ada meeting tau"
"hah! ok2..pukul berapa?"
"lepas habis quranic group kat padang lalang"
"oh..ok2"

"bukan ke kita kne attend ceramah kat UIA petang ni?"
"haa..yela.jom2."
"eh, cepat2 nnt kitaorg tertinggal bas la."
"ok2. jap lg habis."
lepas sampai kampus:
"da nak dekat asar ni, solat dulu ea?"
"ok2, solat dulu..."
"alamak korang.....bas da jalan da!"
"aini leh tolong callkan van polisas tak?"
"ok2...zetty dah callkan.."

ring..ring..ring...

"aini bangun, hari ni jdi nk g bukit pelindung, Ummi  da on the way."
"hah..?ok2"
ya ALLAH penatnya...mcm malas je nak pergi...
zassss........! cepat pantas dan efisyen...trus siap.

alhamdulillah....kalau ada yang kata mereka sibuk, aku pun sibuk juga...tapi mungkin cara pembahagian masa itu berbeza, kalau ada yang kata dia kena ikut jadual, serius aku cakap: " aku tak de jadual yang tetap untuk rutin harian,apa yag aku letakkan tiap2 hari adalah matlamat apa yang aku nak buat pada hari itu". kalau ada yang kata dia penat, sama je. aku pun penat juga. tapi mungkin kesempatan ini ALLAH berikan pada aku walaupun dalam kesempitan masa ada kelapangan untuk melihat kuasa ciptaan-Nya. Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang dah dikejutkan tapi tak bangun tu memang rugilah. individu2 yang menyertai rehlah kali ini terdiri daripada jawatankuasa program, pelajar2 daripada UIA, UiTM,UMP,IKIP dan pelajar lepasan SPM. Bagi kami, koncu2 daripada UiTM ialah, aku sendiri, Nur ashikin dan Raudhah Ramlan.

NI TEMPAT KITAORG BERKUMPUL SEBELUM NAIK


sambil menunggu sahabat2 yang lain sampai, kami sarapan,(makan sandwich: sedap tau..! tapi sampai TC baru aku makan  =D )  buat regangan, mendengar taklimat daripada pengarah program dan, apalagi...naik la! =D yeeehhaaaa...! semuanya ada 4 perhentian. yang kat atas ni, permulaan...kat atas bukit ada lagi dua check point, dan yang terakhir sekali akan berakhir di Teluk Chempedak. sebab kami turun di sana. di setiap perhentian ada pengisian dan ilmu yang dikongsikan bersama.

gambar2 ini menggambarkan sedikit sebanyak suasana di Bukit Pelindung. 




NI SALAH SATU JALAN YANG KAMI LALU
Subhanallah....tinggi juga bukit ni, agak semput la naik. nasib baik dah 'build stamina' tiap2 petang sebelum ni..(jogging) jadinya alhamdulillah tak ada masalah. ada juga di antara sahabat2 yang naik tu  macam dah nak putus asa, tapi berbekalkan semangat dan dorongan sahabat2 yang lain dan naluri yang bersungguh-sungguh kerana Allah swt. dia berjaya sampai ke TC. alhamdulillah. Ni baru dugaan naik bukit, dah rasa macan nak pitam dan sebagainya. yang aku nak beritahu kat sini adalah, ini salah satu cara pentarbiyyahan diri. kuat tak kita nak harungi beban yg seberat ini..beban tu adalah tubuh kita sendiri yakni tanggungjawab yang kita pikul dan tarikan graviti yang ada pada bumi ni yang seperti menarik kita untuk ke permukaan kerak bumi itu adalah seperti dugaan dan cabaran yang bakal kita hadapi ataupun yang memang ada dalam kehidupan sehari-harian kita. Alhamdulillah, semuanya berjaya naik dan sampai ke penghujungnya. Tahniah wahai sahabat2ku! all of you are amazing!
KAMI TURUN DARI BUKIT TU KAT AREA2 TITIAN NI


KAMI BERKUMPUL DI TEPI PANTAI TU


Alhamdulillah..kami sempat sampai dalam masa 2 jam (tak sampai rasanya) apa2 pun, ini adalah salah satu cara untuk melahirkan insan yg bergelar khairu syabab! =) bukan hanya sihat dari segi mentalnya, tapi juga fizikalnya..bila melihat ciptaan dan  kebesaranNya, hati ini terdetik dan mengatakan bertapa kerdilnya diri ini di sisi ALLAH SWT. mudah dan kadang kala cepat berputus asa. namun, diri ini cuba memikirkan kembali, dugaan yang aku lalui tidaklah sehebat dugaan para nabi dan para sahabat yang terlebih dahulu memperjuangkan agama ALLAH SWT. Rasululllah saw adalah contoh terbaik yang mesti dicontohi. dia tidak pernah sesekali mengeluh dan berputus asa dalam berdakwah terhadap masyarakat jahiliyyah di tanah arab. dugaannya lebih besar daripada bukit yang aku daki ini. betapa beratnya tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ALLAH SWT.

 rentetan daripada itu, aku masih teringat apa yang dikatakan oleh daie yang menyampaikan tazkirah bahawa gunung-gananag ini nescaya akan pecah sekiranya tanggungjawab sebagai khalifah ini diturunkan kepadanya. dan kalau aku tak silap aku pernah terbaca dalam Al-Quran yang mengatakan bahawa, akan hancur sekiranya Al-Quran ini turun kepadanya (gunung2 dan bukit2)...kerana di dalamnya terkandung tugas2 yang perlu dilaksanakan oleh makhluk yang bergelar insan(khalifah) di atas muka bumi ini. Lalu aku bertanya lagi kepada diri ini, adakah aku sudah melaksanakan tanggungjawab itu? mampukah aku? layakkah aku? mampu atau tidak, layak atau tidak itu bukan persoalannya..kerana ALLAH SWT itu menduga seseorang hambaNya berdasarkan kemampuan seseorang individu itu sendiri...layak atau tidak? ilmu itu perlu terus dicari dan dicari...bertambah dan menambah...mengamal dan beramal....jadi tak perlu tunggu sempurna baru nak sebarkan kebaikan.

 ada seorang sahabat yang berkongsi ungkapan daripada seorang ulama' yg berbunyi: " Berbuat baik dan ajaklah orang lain..." bukannya dia berkata bebuat baik, KEMUDIAN ajaklah orang lain.yang tertulis adalah DAN. kalau kita belajar bahasa melayu dengan betul, 'dan' bermaksud bersama-sama, disekalikan, diiringi. jadi, sambil2 kita memperbaiki diri, kita ajaklah orang lain berbuat kebaikan juga, ye tak? kalau nak tunggu semua sempurna dahulu, alamatnya tak ada siapa yang akn menyampaikan dan menebarkan kebaikan di atas muka bumi ini...ye la, masing2 tidak sempurna lagi...kita kena ingat yang fitrah manusia ni tidak pernah puas dengan apa ynag ada pada diri. nak berlumba-lumba dengan orang lain. jadi agak2 sampai bila tu nak tunggu diri ni puas dalam mencari kesempurnaan?? 

 kita rasa tak pandai nak berkata-kata, nak tegur kesalahan seseorang..ye2, itu adalah kelemahan diri kita. tegur salah, nanti kena marah kena ngata, benda yang akan pasti terpacul pada mulut orang yang ditegur adalah  berbunyi begini " ceh.., macam la kau tu baik sangat! suka hati aku la kan nak wat apa. kubur masing2" pernah aku tanya pada ayah aku, macam mana kalau orang yang kita tegur tu cakap mcm ni? ayah aku cakap macam ni.: cakap je kat dia " Ooo..kubur masing2 ye, mana tahu takdir Allah kubur kau sebelah kubur aku? macam mana aku nak rehat kalau kau dekat dalam tu asyik bising je. tak senang lena aku nanti tahu tak?" hahahaha... =D serius aku tergelak lepas aku dengar ayah cakap macam tu. tapi ayah ada pesan, tegur seseorang dengan berhikmah, bukan makian atau cacian yang membuatkan seseorang itu rasa marah dan terasa hati. jadi macam mana pula kalau kita tak tegur? rasa bersalah jugakan? bersalah pada siapa? ha..fikir sendiri. nanti dekat akhirat kena tanya " kau nampak kemungkaran berlaku dihadapan matamu, tapi kenapa tak cuba tegah?" haaa.....apa nak jawab??? mencegah kemungkaran ada tiga cara: dengan tangan (perbuatan), dengan lidah (lisan/teguran/peringatan) dan dengan hati, sesungguhnya itu adalah selemah2 iman.... tengok, kita sekadar membenci perbuatan mungkar yang berlaku di hadapan mata kita, betapa lemahnya iman kita kan? astaghfirullahhal'azim...

justeru, sambil2 kita menebarkan kebaikan kepada insan lain, mari kita perbaiki akhlak diri. menegur melalui perbuatan itu lebih berkesan dengan melalui lisan. kita lihat sirah Rasulullah saw. ramai yang tertarik dengan akhlak baginda..Orang2 musyrikin mekah jua turut mengagumi akhlak baginda sehingga digelar Al-Amin..di antara mereka yang memeluk agama Islam adalah di sebabkan oleh akhlak Rasulullah saw itu sendiri...jadi, mari kita ikut contoh baginda...supaya senang untuk kita menyebarkan kebaikan di muka bumi ini tanpa sebarang permusuhan dengan insan2 lain. 

Wallahu'alam...

"SENYUMAN ITU ADALAH SEDEKAH, KERANA IA MAMPU MEMBUATKAN SESEORANG ITU MERASA DIRINYA DIHARGAI DAN DIHORMATI SECARA TIDAK LANGSUNG, DAPAT MENGHIBURKAN, MENGGEMBIRAKAN DAN MENENANGKAN HATI  ORANG LAIN. SENYUM ITU ADALAH SEDEKAH YANG PALING MUDAH DAN IA BAKAL MENJADI BEKALAN AMAL JARIAH KELAK."


Senyumlah dengan penuh keikhlasan

Senyum  bertujuan untuk kebaikan, bukan saja2 nak menggatal pula ye

Senyum mengeratkan tali persahabatan

Senyum itu boleh jadi petua awet muda tau

*terpulanglah pada korang nak senyum dgn ekspresi muka yang macam mana...aku tak dapat nak ekspresikan di sini bagaimana....tak kisah la..as long as you smile =)

Wednesday, February 23, 2011


bismilla~hirrahma~nirrahi~m....
Saladin: animated series:
SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI
baru aku ingat kenapa Rasulullah SAW suruh ajar anak2 berkuda, memanah dan berenang.....ada hikmah disebaliknya....dah lama sebenarnya aku nak cari video ni, baru sekarang jumpa. aku tahu ada animated ni pn lepas aku balik dari kem Kepimpinan Global Islamic Art ...ramai gak mmbr2 tanya, yg HD nye tak de ke? tak kn just trailler je... mmg yg full aku tak tahu tajuknya. so aku nak bg Credit pada Shah, rakan FB aku, sb provide tajuk penuh cerita ni. Syukran Shah. =)
ALHAMDULILLAH, AKU DAH DEWASA!!


Bismilla~hirrahma~nirrahi~m.......


terlebih dahulu aku panjatkan penuh kesyukuran terhadap kurniaan Allah SWT yg masih memberikan kesempatan bagi aku untuk mencoretkan apa yg aku rasa dan apa yg berlaku hari ini. terima kasih Ya ALLAH kerana Kau masih meminjamkan nyawa dan memberi kesempatan untuk aku menyambut ulang tahun ku kali ini dengan suasana yg meriah dan tenang.

assignment yang datang berlambak-lambak, pulak tu kena hantar pada tarikh lahir aku, mmg rasa mcm tertekan sangat2. tapi aku percaya, yg DIA tak kn menduga seseorang hambaNya itu melebihi tahap kemampuan seseorang itu. jadi, aku cuba tabahkan diri..walaupun byk konflik yg berlaku antara lecturer dan nota yg kitaorg dapat, kerja mesti diteruskan. walaupun pembetulan pada assgnment byk kali aku buat, bukan setakat aku je, tapi rakan2 yg lain. boleh kata diorang naik "fade up" jugak la, nak je hantar yang salah2 tu. tapi kerana fikirkan markah, carry mark kiteorg, terpaksa la bersengkang mata, berhempas pulas nak menghabiskannya. 

Hasilnya? Alhamdulillah memuaskan. dan aku puas hati dan gembira dgn kerja yg aku buat dgn partner assgnment aku, yakni Syahid. (birthday kiteorg sama tau) hahahaha....gembira tak terkata. esok tinggal hantar je. ni la kali pertama aku rasa puas dengan hasil kerja aku. (walaupun aku tahu, bukan baik sgt pn assgnment yg aku buat tu. erk!!)

kepada sahabat2 yang sudi meluangkan masa untuk ucapkan selamat hari lahir pada aku, aku nak ucapkan byk2 terima kasih pada korang sume.terutamanya, housemate aku A208 dan budak2 LAW B, GIA, Ex-housemate A305, TIGS crew Batch 2009, dll. aku sayang korang lebih...! =) nasib baik aku ni single but not available, lau tak, kekasih aku tu pn aku tak syg mcm mana aku sayang kat korang wahai sahabat! (mmg malang sape yg nak bercinta dgn aku ni...hahahah)

Mak, adik besar... terima kasih mak sb lahirkan adik... Ayah, nampak tak adik dah makin matang dan tahu urus diri, adik pandai berjimat macam ayah, mungkin lebih jimat daripada ayah..ayah tahu tak? (sampaikan makan untuk diri sendiri pn adik berkira..hehe) adik tahu..ayah mesti nampak =) along,angah,alang,kek ja,kak na,abg dik....adik korang ni dah besar tau...so plz treat me as an adult...i'm not a child anymore... =)
abg yun dgn abg kili....jga ayah ye. insyaAllah kita akn bertemu satu hari nanti..adik rindu sgt..! =')

YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MENSYUKURI KURNIAANMU YANG AMAT TIDAK TERHINGGA INI, SUNGGUH TIDAKKU MENYANGKA YANG AKU MAMPU MELIHAT ALAM CIPTAANMU INI SEHINGGA KINI, TELAH BANYAK IHSAN YANG KAU BERIKAN KEPADAKU YA ALLAH PEMILIK SEKALIAN ALAM DAN APA YANG ADA DILANGIT SERTA DI BUMI... KAU PERMUDAHKAN SEGALA YANG SUSAH , KAU LAPANGKAN SEGALA YANG SEMPIT, KAU MAKBULKAN APA YANG TERHALANG, DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU, KEDUA-DUA IBU BAPAKU, SAHABAT-SAHABATKU, SERTA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..
 SESUNGGUHNYA KAULAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG DARIPADA SEGALA APA YANG PENGASIH DAN PENYAYANG.

surah Al-Baqarah 2:29
" Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

wallahu'alam..

Sunday, February 20, 2011

BEST2......!! eh Ye ke?? YE KOT..! hahhaa =D

bismilla~hirrahma~nirrahi~m....

terlebih dahulu aku mulakan topik hari ni dengan salam kegembiraan dan keceriaan untuk korang yg baca blog aku hari ni ~~~~ aku amat bahagia sekarang walaupun sebenarnya aku tengah sakit gigi sekarang ni...gigi bongsu nak tumbuh ~~~~ tsk..tsk.. ='( 

hahahahaha...bagi aku gelak dulu sekarang ni sb tadi aku dah nangis kan??? =D mmm...kalau korang nak tahu, hari Jumaat lepas aku g lawatan ke Library UIAM (IIUM) Gombak, Selangor. eh perlu ke aku cakap???? eh..perlu laa~~~~ of course it must!! hahaha....  Alhamdulillah sb aku terpilih dikalangan ramai2 pelajar asasi undang2 UiTM kat Kuantan ni...ada la dalam 70 org yg terpilih, kalau tak silap aku. ada dua trip. aku adalah trip yg pertama merasmikan lawatan ini. ada dalam 50 orang. trip kedua Jumaat minggu ni pula. Tujuan utama lecturer kitaorg bawa g situ bukan apa, untuk kebaikan kitaorg jugak...main focus dia adalah kepada LAW LIBRARY. wah...byk giler buku, aku merasakan diri aku seperti seorang PEGUAM pula...eh bukan, PENDAKWARAYA....hahaha alangkah bagusnya kalau aku dapat ke situ tiap2 hari, wat assignment dan cari bahan rujukan kat perpustakaan tu..mesti Superb habis!! byk sangat maklumat nye. AMR nye lain..A.I.L.R , MLJ, CLJ, wah mmg byk...korang tahu tak ape benda yg aku cakap alphbt2 ni? tahu? tak? ha tak tahu cari sendiri....hahahha =D
lepas blajar teori Library processing dalam kelas, time g library ni la nak apply kan apa yg dah aku blaja tu..cara2 nak cari maklumat dan nak buat citation...pergh, ingat senang2 ke nak cari buku ni??? susah tau kalau tak de pengetahuan dalam bidang ni...mmg susah nak cari kalau tak tahu mcm mana nak cari..so agak senang la bagi aku yg dah ada ilmu dalam subjek ni..tapi agak terkial-kial jugak la menjajau cari buku dalam tu..jadi, jalan penyelesaiannya, tanya kepada org yg dah berpengalaman dalam bidang ni untuk berikan tunjuk ajar. senang cerita mmg ada yg sudi membantu. nama dia CIK YUSRINA BT. ABU BAKAR, Abg Shamir (student Law UIA) dan librarian2 yg lain. memang perpustakaan ni amat besar! 
ha, sambil menyelam, minum air..aku ni kalau dah terlanjur masuk library..tujuan utama adalah nak cari bahan rujukan untuk assgnment..hahaha, jumpa2. ALHAMDULILLAH. aku pergi lawatan ni. mula2 mmg rasa mcm tak nak pergi tau, tapi member aku si Anis , Marzita, Su Lala halang aku daripada menggugurkan nama dalam list peserta lawatan tu... Anis Hananai tu lagi la..sampai tggu aku naik rumah baru dia tinggalkan bilik kuliah, dgn harapan aku tak g jumpa Sir Farid untuk tarik diri dari lawatan.terima kasih ye sahabat =) 

inilah muka2 student Foundation in Law UiTM Kuantan yg ikut trip ke IIUM
Nak dijadikan cerita lagi yg membuatkan aku penat membasuh baju hari ni adalah kerana esoknya selepas balik dari lawatan ke IIUM, aku g pula Campus Day Out UiTM Kuantan kat pantai balok.main tarik tali, bola pantai dan macam2 la....dak2 ni main, aku main air n tarik tali je...hahahaha =D. dah nama pn pantai, of course la kotor segala pakaian aku...berpasir sana sini...muka pn ikut sunburn sekali....mata masuk pasir, dengan aku2 skali termakan pasir....wawawawawa....tak pe2...aku tak happy sebenarnya. tapi bila tengok kawan2 aku happy, aku pn happy la...lagi2 dak2 group aku....LAW B. diorang gembira, aku ikut gembira....hahahaha..gembira tak aku? =D jawapannya GEMBIRA =D bak kata Aliff a.k.a Desktop, aku ni mengabdikan diri di tepi pantai... CEh..! hahahha...memamg aku pakai purdah kejapkan, bukan pe, time tu sb nak prevent mulut aku daripada di masuki pasir..! hahahahaha.. =D at last, group aku LAW B dapat tempat kedua dalam game sukan keseluruhan...tahniah! =)

jadi, konklusinya....hari ni aku mmg penat basuh baju2 yang berpasir2 itu...hahahaha masa basuh baju, Syahid tepon nak wat discussion pasal assgnment yg kne antar 24 feb ni....pastu aku letak la kat atas (tingkap bilik air yg tiggi tu) pastu kan...... handphone aku leh plak termasuk dalam baldi...!! wahahahahha...mmg best kan aku jemur handphone dulu sebelum jemur kain...hahhaha N yg sengal! =P

aku sudahi dengan Wassalam....

BERGEMBIRALAH KAMU..TETAPI JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN. SESUNGGUHNYA, BERSEDERHANALAH DALAM SEGALA PERKARA.

(tapi berlebih-lebihanlah dalam mengerjakan amal kebajikan dan dalam mencari redha Allah Swt. )